PERMOHONAN Jawatankuasa Penamatan Proklamasi Darurat untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dilapor telah memperkenankan baginda.
Portal Malaysiakini yang memetik sumber yang rapat dengan jawatankuasa itu memberitahu, Istana Negara telah menutuskan satu surat kepada Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, yang merupakan jurucakap jawatankuasa berkenaan.
Surat tersebut menyatakan bahawa Yang Di-Pertuan Agong telah berkenaan untuk menghadap dengan jawatankuasa tersebut agar mereka dapat menyerahkan memorandum.
Untuk rekod pada Selasa lalu, Khalid dan Presiden Amanah Mohamad Sabu hadir ke Istana Negara bagi menyampaikan surat permohonan menghadap Agong agar darurat dapat ditamatkan segera.
Penyerahan surat itu merupakan kali kedua selepas permohonannya pada 26 Mac lalu masih belum mendapat maklum balas pihak istana.
Difahamkan majlis menghadap itu akan diadakan pada tarikh dan waktu yang akan ditentukan kemudian.
Sementara itu laman web tamatdarurat.com dilapor telah memperoleh hampir 40,000 tandatangan yang membantah pengisytiharan darurat sehingga menggantung fungsi Parlimen.
Beberapa hari lalu, media sosial tular dengan ketidakpuasan hati rakyat yang memulakan tanda pagar #KerajaanGagal.
![]() |
Majlis serah memorundum akan diatur kemudian |
Tanda pagar itu mendapat lebih dari 130,000 ciapan rakyat Malaysia sebelum tanda pagar berkenaan 'hilang secara tiba-tiba dari ‘trending’ utama'.
0 Comments