Covid-19: Kesatuan perguruan gesa tutup sementara sekolah


BEBERAPA
persatuan berkaitan guru menggesa Kementerian Pelajaran menutup sementara semua sekolah di seluruh negara susulan kebimbangan penularan Covid-19.

Desakan itu disuarakan presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) dan Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (i-Guru) yang mahu penutupan itu dibuat untuk tempoh sekurang-kurangnya 14 hari.

Presiden NUTP Aminuddin Awang  yang dipetik laporan portal FMT berkata, pihaknya berharap agar kerajaan segera melaksanakan penutupan tersebut bagi mengurangkan risiko penularan Covid-19 dalam kalangan murid dan guru.

“Penutupan perlu dilaksanakan di sekolah yang terletak di kawasan berisiko tinggi iaitu di zon merah, perintah kawalan pergerakan (PKP), perintah kawalan pergerakan diperketatkan (PKPD) dan sekiranya terdapat kes jangkitan.

“Jika guru dijangkiti, bermakna sekolah sudah ada risiko penularan jangkitan, secara automatik berlaku kontak rapat dan mereka akan dikuarantin. Justeru bagaimana guru ini boleh mengajar di sekolah sedangkan pelajar hadir? jadi kena tutup sekolah ,” kata dipetik.

Langkah penutupan sementara itu turut disokong Presiden PIBGN Mohamad Ali Hasan berikutan penularan Covid-19 dalam kalangan pelajar yang semakin membimbangkan di seluruh negara, terutama di Selangor dan Kelantan.

“PIBGN berpandangan KPM perlu segera menutup semua sekolah selama sekurang-kurangnya 14 hari demi keselamatan guru dan pelajar sekolah, sekali gus mengurangkan risiko penularan jangkitan Covid-19 dalam komuniti menjadi semakin teruk.

“Pembukaan semula sekolah secara fizikal hanya boleh dilaksanakan di zon hijau dengan penilaian ketat oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dengan mengambil kira keselamatan dan kesihatan pelajar dan guru,” kata beliau menurut laporan portal sama.

Gesaan susulan kebimbangan kes menular
Semalam, Kementerian Kesihatan (KKM) merekodkan 49 kluster dengan 2,617 kes yang masih aktif membabitkan sektor pendidikan.

Menteri terbabit dalam laporan media berkata, 39 kluster dengan 1,420 kes berkait sekolah dan institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan dikesan manakala 19 kluster dengan 1,870 kes lain membabitkan institusi pendidikan tinggi.

Post a Comment

0 Comments