MUHYIDDIN YASSIN yang mengepalai kerajaan Perikatan Nasional (PN) didesak untuk mengembalikan pengecualian kabotaj yang meluluskan operasi kapal asing terlibat pembaikan kabel dasar laut.
Desakan itu datang dari syarikat gergasi teknologi - Amazon Web Service, Facebook, Google dan Microsoft yang disampaikan melalui satu kenyataan bersama.
Tegas mereka, penarikan pengecualian kabotaj itu telah memberi kesan negatif terhadap daya tarikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan bagi syarikat teknologi global dan dasar memberikan faedah ekonomi yang boleh diabaikan kepada Malaysia.
“Ia akan memberi kesan kepada rakyat dan perniagaan Malaysia yang berharap akan talian internet untuk tujuan pendidikan dan kehidupan,” kata empat syarikat itu.
Sebelum ini, kerajaan PN dikritik kerana mewartakan penarikan pengecualian kabotaj kepada kapal asing yang terlibat dalam pembaikan kabel dasar laut tersebut.
Ia selepas Malaysia terlepas manfaat Pembangunan rangkaian komunikasi kabel dasar laut dikenali sebagai Echo dan Bifrost yang dibangunkan Facebook dan Google di rantau ini,

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas keputusan kerajaan PN menghapuskan dasar Pentadbiran Pakatan Harapan pada bulan Mac 2019 yang mengecualikan dasar yang memudahcara kerja-kerja berkaitan kabel dasar laut itu.
Untuk rekod, Pembaikan kabel dasar laut memerlukan kemahiran yang sangat khusus dan hanya jenis kapal yang spesifik - yang dikategorikan sebagai Dynamic Positioning Class 2 - dapat melakukan kerja tersebut.
Pembatalan pengecualian kabotaj itu telah menyebabkan pengendali kabel asing perlu menulis surat kepada Kementerian Pengangkutan untuk mendapatkan kebenaran, menyebabkan kelewatan pembaikan kabel internet - lingkungan 27 hari untuk Malaysia, jauh tercicir di belakang negara jiran Filipina, Singapura dan Vietnam.
Sementara itu, keempat-empat syarikat gergasi telekomunikasi itu menegaskan bahawa dasar tersebut juga bercanggah dengan Pelan Pembangunan Ekonomi Digital Malaysia (MyDigital) - yang dilancarkan kerajaan Muhyiddin pada bulan Februari - yang secara eksplisit bertujuan untuk menarik lebih banyak pendaratan kabel bawah laut antarabangsa ke Malaysia.

![]() |
Dasar kabotaj wujudkan situasi monopoli |
Pada November tahun lalu, tiga syarikat - Microsoft, Google dan Facebook- telah bersama-sama menulis surat kepada Muhyiddin berhubung hal yang sama.
Ketiga-tiga syarikat itu turut memberi amaran, bahawa dasar itu hanya akan mewujudkan situasi di mana hanya satu syarikat Malaysia bakal memonopoli projek pembaikan kabel bawah laut.
0 Comments