KERAJAAN Negeri Selangor memutuskan untuk umat Islam di negeri itu mendirikan solat sunat tarawih sebanyak 20 rakaat di masjid dan surau sepanjang bulan Ramadan ini.
Exco Hal Ehwal Agama Islam, Hal Ehwal Pengguna dan Industri Halal negeri Mohd Zawawi Ahmad Mughni bagaimanapun berkata, pengurusan masjid dan surau dinasihatkan untuk membaca surah yang pendek atau ayat lazim, ketika melaksanakan solat sunat tersebut.
Tambahnya, susulan pendemik Covid-19 yang masih belum reda, prosedur untuk solat sunat itu sama seperti ditetapkan untuk solat Jumaat.
“Prosedur operasi standard (SOP) solat sunat tarawih sama seperti solat Jumaat, di mana jemaah perlu bawa sejadah sendiri, membuat semakan suhu, memakai pelitup muka dan mendaftar terlebih dahulu sebelum ke masjid,” katanya.
![]() |
Guna pakai SOP seperti solat Jumaat |
“Jadi kita taklimatkan sahaja kepada nazir dan pengerusi masjid yang bertanggungjawab, dalam memastikan protokol kesihatan sepanjang pelaksanaan solat sunat tarawih,” katanya lagi.
0 Comments