MAJLIS Setiausaha Pakatan Harapan (HARAPAN) telah menghantar surat kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi memohon untuk diadakan satu pertemuan.
Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Anthony Loke Siew Fook dipetik laporan Bernama berkata pertemuan itu bagi membincangkan isu mengenai pendaftaran pemilih automatik dan Undi18 susulan pengumuman suruhanjaya itu baru-baru ini yang disifatkan sebagai mengecewakan.
Tambah Ahli Parlimen Seremban itu lagi, keputusan mengangguhkan pelaksanaan undi pada usia 18 tahun yang diluluskan Dewan Rakyat dan Dewan Negara itu bukan sahaja mengecewakan DAP, malah parti politik lain.
Sebagai rekod, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Abdul Ghani Salleh pada Khamis mengumumkan pengangguhan tersebut dan menjangkakan pendaftaran pemilih automatik dan Undi 18 hanya boleh dilaksanakan selepas 1 September 2022.
Sementara itu tegas Loke, keputusan SPR itu seolah-olah tidak menghormati institusi Parlimen sebab perkara itu telah dibincangkan serta dipinda perlembagaan sejak 2019, dan ketika itu ia dikatakan perlu mengambil masa dua tahun untuk melaksanakannya, dengan tempoh sepatutnya ialah pada Julai 2021.
![]() |
HARAPAN mahu bertemu Abdul Ghani |
0 Comments