ANGKATAN Belia Islam Malaysia (Abim) bimbang sikap ditunjukkan kerajaan dalam isu menurunkan had umur undi daripada 21 kepada 18 tahun hanya akan menjauhkan golongan muda daripada politik negara.
Presidennya Muhammad Faisal Abdul Aziz memberi amaran itu susulan apa yang dianggapnya sebagai sikap tidak serius kerajaan dalam merialisasi perkara itu dan ditambah kenyataan sinis dari ahli politik yang memandang enteng kemampuan anak muda dalam membuat keputusan dalam pilihan raya.
“Abim mendapati seolah tiada penumpuan yang serius pihak bertanggungjawab berkenaan agenda untuk meluaskan lagi ruang demokrasi kepada anak muda khususnya warga yang berusia 18 tahun ke atas,” katanya dalam satu kenyataan.
Pada 25 Mac lalu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuat pengumuman bahawa penurunan usia mengundi ditunda ke tahun depan walaupun Perkara 119 (1) (a) Perlembagaan Persekutuan untuk menurunkan usia pengundian telah diluluskan di Dewan Rakyat pada bulan Julai 2019.
Majoriti aktivis anak muda dan ahli politik mengkritik pengumuman tersebut dan menggesa SPR melaksanakan Undi 18 pada Julai ini seperti yang dirancang pada asalnya.
Walau bagaimanapun, Presiden PAS, Abdul Hadi Awang antara yang bersetuju terhadap penangguhan pelaksanaan undi 18 itu.
Dipetik laporan media, Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah itu berkata, usia bukan penentu kematangan bagi rakyat negara ini memilih kerajaan.
"yang kita mahu ialah rakyat yang matang dan sudah semestinya rakyat matang akan memilih kerajaan matang. Kalau rakyat itu mentah, sudah pasti mereka akan pilih kerajaan mentah
"
""Konsep demokrasi barat bergantung pada tahap umur, bukan kematangan. Kita tidak boleh terpengaruh dengan barat," katanya dipetik.
Sementara itu tegas Muhammad Faisal, kebanyakan anak muda sudah bersedia untuk menggalas tanggungjawab mereka, dengan mengundi, pada pilihan raya umum (PRU) kelak.
BACA: NGO belia ragu keputusan tangguh undi18
“Abim ingin menekankan dalam beberapa siri wacana dan libat urus berkaitan pendidikan demokrasi yang dijalankan kepada pelajar sekolah menengah atasan dan mereka yang berusia 18 ke atas.
![]() |
Abim kecewa dengan pengangguhan undi18 |
“Justeru, adalah satu tanggungjawab moral dan amanah untuk mereka terbabit untuk menyegerakan dasar undi 18 sebagai ruang anak muda untuk berperanan dalam sistem semak dan imbang serta memantau kebertanggungjawaban kerajaan,” tambahnya.
0 Comments