Kerana Anwar, kata Afdlin disebalik desas desus sertai KEADILAN


DUA selebriti tanah air dilapor akan menyertai Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) dalam dalam tempoh terdekat.

Beberapa media melaporkan dua selebriti itu ialah Afdlin Shauki penerbit yang juga pelakon terkenal Afdlin Shauki dan penyanyi rap terkenal Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad atau lebih dikenali sebagai Altimet.

Dipetik laporan Awani, Afdlin  berkata semangat kental Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi sumber inspirasinya untuk menyertai perjuangan parti itu.

“Jiwa besar Datuk Seri Anwar dalam memaaf dan menerima kembali orang yang pernah masukkan beliau dalam penjara merupakan hal yang membuka mata dan fikiran saya.

“Datuk Seri Anwar tidak pernah lelah dalam perjuangannya, begitu dedikasi dan komited untuk membela rakyat di sebalik kesengaraan yang beliau dan keluarga lalui.

"Nilai yang ada dalam diri Datuk Seri Anwar itu membuatkan saya tidak fikir panjang untuk menyertai KEADILAN,” kata Afdlin dipetik.

Difahamkan,  bekas Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Hans Isaac telah terlebih awal menyertai parti itu dan telah melaksana kerja-kerja kemasyarakatan dengan mambawa jenama KEADILAN.

Selebriti-selebriti itu sudah beberapa kali mengadakan perjumpaan tertutup dengan ahli politik Malaysia yang cukup besar namanya dalam persada politik daripada komponen pembangkang iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR),” jelas sumber berkenaan.

Pengumuman penyertaan Afdlin dan Altimet kedalam parti itu dijangka akan diumumkan sendiri oleh Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) dalam satu acara pada 1 April ini di sebuah hotel di Ampang.

Utusan Malaysia dalam laporan yang memetik sumber pula memberitahu kedua-dua selebriti itu telah beberapa kali mengadakan perjumpaan tertutup dengan pemimpin parti itu.

Sementara itu, Afdlin berkata keputusannya menyertai KEADILAN adalah kerana merasakan parti itu merupakan wadah perjuangan yang jelas untuk membela nasib rakyat negara ini apa lagi dipimpin seorang tokoh politik yang tepat.

 KEADILAN parti jaga semua kaum, kata Afdlin


“KEADILAN adalah parti yang menjaga semua kaum walaupun ketuanya orang Melayu. Inilah wadah yang saya dambakan. Orang Melayu menjadi ketua tanpa mengabaikan hak serta kebajikan kaum-kaum lain.


“Dan Datuk Seri Anwar adalah pemimpin yang sentiasa mengutamakan rakyat pelbagai kaum. Sebagai rakyat Malaysia, pemimpin sebegini yang negara perlu ada,” kata Afdlin lagi.

Post a Comment

0 Comments