Puji persembahan Daniel, Warganet sifatkan Anwar sempoi


KELATAH seorang peserta Muzikal Lawak Superstar (MLS) yang meniru gaya Presiden Parti Keadilan (KEADILAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam persembahannya mencuri perhatian ramai.

Bukan sekadar itu, Anwar sendiri secara terbuka turut memuji persembahan peserta Muzikal Lawak Superstar (MLS) Danial Zaini dalam aksi program pada Jumaat lalu.

Anwar menerusi laman sosial Twitter mengulang ciap hantaran seorang pengguna yang berkongsi babak Danial, Azmi Saat dan  Ezad Lazim,  mempersembahkan skesta perebutan jawatan ketua kampung.

Danial menjadi Anwar Ibrahim manakala Azmi meniru Usop Wilcha, berdebat manifesto masing-masing sehingga membuatkan tiga juri tetap Datuk Awie, Nur Fazura dan Zul Ariffin ketawa besar.

"Salute! Kita yang faham seni harus meraikan," tulis Anwar disertai ikon ketawa.

Sementara itu di ruangan komen, ramai warganet memuji persembahan Danial dan sikap Anwar yang tidak melatah dengan aksi parodi tersebut.

Anwar dianggap pemimpin berfikiran terbuka
“Hampir sama gaya dan suaranya. Bukan senang nak tiru begitu #salute,” kata seorang pengguna twitter.

“Salute to you @anwaribrahim . Your open-mindedness shows that you are indeed a great leader and open for any critisism and suggestions,” puji seorang warganet

"Sempoi habis Datuk Seri," tulis sorang lagi warganet yang memuji sikap keterbukaan dipamerkan Anwar.