AHLI PARLIMEN Puchong Gobind Singh Deo menggesa supaya kerajaan Perikatan Nasional (PN) memberi jaminan untuk menangani dakwaan kewujudkan "Kartel" dalam pasukan polis.
Dipetik laporan media, peguam itu menyifatkan respons kerajaan dalam isu itu sebagai "lemah dan tidak memuaskan".
Malah tambahnya, Muhyiddin Yassin juga tidak menyentuh isu itu ketika menyampaikan ucapan kepada pegawai polis pada hari Khamis lalu di mana dia berbicara tentang perlunya mereka menguasai perkara mengenai undang-undang.
"Saya bersetuju dengan perdana menteri bahawa wujud keperluan bagi para anggota polis untuk menguasai undang-undang negara dalam mendepani cabaran moden.
"Tetapi bukankah kerajaan juga sepatutnya mengambil langkah yang lebih tegas dalam menguatkuasakan undang-undang dan menangani aduan yang dibuat oleh KPN (Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador) jika benar ia mahu memberi inspirasi kepada seluruh masyarakat supaya menghormati dan mematuhi undang-undang?
"Di manakah kenyataan tegas Perdana Menteri untuk menyokong seruan KPN supaya tindakan diambil ke atas dakwaan wujudnya kartel dan dakwaan amalan rasuah dalam pasukan polis sendiri?" soal Gobind dalam satu kenyataan.
Abdul Hamid sebelum ini mendakwa wujud "kartel" dalam pasukan polis yang terdiri daripada pegawai muda yang cuba menjatuhkannya.
Tampa memberikan perincian berhubung dakwaanya, Abdul Hamid berkata bahawa "kartel" berkenaan ingin menjatuhkannya demi kepentingan peribadi.
Meskipun ramai pemimpin politik dan Pertubuhan Bukan Nerajaan (NGO) mengesa supaya Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan untuk menyiasat dakwaaan Abdul Hamid, namun Menteri undang-undang Takiyuddin Hassan dan Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin berpendapat bahawa masalah itu akan ditangani secara dalaman oleh polis.
"Setakat ini, respons kerajaan PN terhadap dakwaan oleh KPN tentang wujudnya kartel dan amalan rasuah dalam pasukan polis, adalah lemah dan tidak memuaskan.
![]() |
Respons kerajaan disifatkan lemah |
0 Comments