Utamakan guru dalam fasa 2 program vaksinasi - Nie Ching


BEKAS Timbalan Menteri pendidikan menggesa kerajaan menyenaraikan guru dalam kumpulan keutamaan fasa kedua program imunisasi kebangsaan.

Gesaan itu dibuat Teo Nie Ching selepas media melaporkan 41 kluster Covid-19 dikesan di institusi pendidikan di seluruh negara.

Tegas Ahli Parlimen Kulai itu, kluster itu yang melibatkan kira-kira 2,228 kes menimbulkan kesangsian soal keselamatan pelajar di kalangan ibu bapa, ia juga menjadi penghalang untuk mereka menghantara anak-anak ke sekolah.

Justeru dengan memberikan suntikan vaksin kepada golongan pendidik itu jelasnya, ia akan dapat mengembalikan keyakinan para ibu bapa pelajar.
 
“Ibu bapa perlu diberi jaminan bahawa langkah sewajarnya diambil untuk melindungi anak-anak mereka sebelum dibenarkan kembali ke sekolah,” katanya dalam kenyataan.

Teo berkata, 55,539 guru di sekolah kerajaan bawah Kementerian Pendidikan (KPM) termasuk dalam fasa pertama program imunisasi.

Namun katanya, guru di institusi yang dikendalikan oleh agensi kerajaan lain, seperti Maktab Rendah Mara dan Kolej Tentera Diraja serta mereka yang berada di institusi swasta ketinggalan.

“Saya harap apabila Khairy Jamaluddin membuat pengumuman pada Isnin, semua guru, baik di sektor kerajaan atau swasta, akan diutamakan kerana mereka dan pelajar terdedah kepada risiko yang sama,” katanya dipetik.

 Kembalikan keyakinan ibu bapa
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, 811 kluster telah dilaporkan dari 1 Jan hingga 25 Mac.

Daripada jumlah itu difahamkan membabitkan 15 institusi pengajian tinggi, 11 sekolah menengah, 10 pra sekolah dan sekolah rendah, serta lima pusat tahfiz dan madrasah.




Post a Comment

0 Comments