PENGERUSI Pakatan Harapan (HARAPAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa kerajaan untuk menjelaskan tahap keuntungan institusi perbankan pada tahun lalu yang dilihat mampu untuk menaikkan gaji, bonus dan pemegang saham.
Dalam catatan di Facebook, Anwar membangkitkan satu satu laporan baru-baru ini yang sektor bank sedang mempergiatkan usaha untuk mencipta keuntungan dan telah pun menaikkan gaji para pegawai kanan mereka setinggi 58 peratus.
Menurutnya, ketua pegawai eksekutif di sekurang-kurangnya satu syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) mendapat kenaikan gaji sebanyak 10 peratus.
“Kita kini dikejutkan pula dengan laporan bahawa sektor bank sedang mempergiatkan usaha untuk mencipta keuntungan pada tahun ini dan telah pun menaikkan gaji para pegawai kanan mereka setinggi 58%.
“CEO sekurang-kurangnya satu GLC telah mendapat kenaikan gaji sebanyak 10%.
“Sekiranya keuntungan sektor bank pada 2020 mampu mendukung kenaikan pegawai-pegawai tinggi mereka sebanyak 10%, apakah pegawai-pegawai rendah turut menikmati kenaikan gaji yang munasabah?” soal beliau dengan menegaskan bahawa beliau menentang soal mencipta keuntungan. Namun mencurigai cara segelintir pihak mencipta keuntungan sambil mengorbankan golongan rakyat yang lemah dan susah.
Bekas Menteri Kewangan terbaik di Asia itu turut menyorot dakwaan sebelum ini kononnya sektor perbankan akan punah akibat lanjutan moratorium pinjaman.
"Tahun lalu kita menuntut agar moratorium pinjaman bank dilanjutkan bagi mendukung warga dan perniagaan yang terkesan akibat dampak Covid-19.
"Namun kita dimomokkan pula kononnya sektor perbankan akan punah, dan pendekatan morotorium berpontensi meruntuhkan sistem kewangan negara," katanya.
Sementara itu Anwar turut bertanya tahap mana keuntungan bank dilihat mampu menampung jumlah kenaikan gaji, bonus dan dividen pemegang saham, namun tidak berupaya memberi moratorium pinjaman berterusan untuk keluarga yang sedang bergelut dengan wabak Covid-19.
Dalam catatan serupa juga, Anwar mendakwa kerajaan PN bersama dengan bank apabila mereka memilih untuk menyokong pendekatan bantuan secara bersasar.
"Kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Menteri Kewangan yang juga bekas pegawai tertinggi sebuah bank di negara ini yang memperoleh pendapatan RM8.53 juta pada tahun 2019 memilih untuk menyokong pendekatan bantuan secara bersasar, dan ia secara tidak langsung menggambarkan betapa kerajaan ini bersama dengan bank.
![]() |
Anwar gesa penjelasan kerajaan |
Anwar menambah, kerajaan PN tahu bahawa sebilangan rakyat Malaysia, terutamanya golongan susah, terpaksa menampung beban yang lebih besar, daripada golongan ‘maha kaya’ yang nampaknya “menjalani kehidupan seperti biasa”., tambahnya lagi.
0 Comments