KETUA Pemuda Pakatan Harapan (HARAPAN) Shazni Munir Mohd Ithin mempersoalkan janji pemberian komputer riba oleh kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum ini.
Menurutnya, sejak janji itu dibuat pada Belanjawan 2020 yang lalu, sehingga kini peranti yang dicanang akan diedarkan melalui program Cerdik itu masih belum diserahkan.
“Apa dah jadi dengan pemberian 150,000 laptop itu? GLC dan GLIC mana yang terlibat? Waktu bagi harapan pada rakyat itu memang dah lulus atau masih berbincang? Kalau dah lulus, laptopnya mana?
“RM300 untuk beli telefon pintar yang katanya ‘insya-Allah’ akan dapat pada bulan Mei ini, kira dah boleh hapus janji nak bagi laptop ke macam mana?
“Satu lagi, RM2 bilion itu banyak. Apa jaminan dana sebesar ini benar-benar sampai kepada kelompok sasar?” soalnya.
Sebagai rekod, menerusi perbahasan Belanjawan pada November tahun lalu itu, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata program komputer riba percuma itu akan dibiayai oleh GLC dan GLIC dan pihak itu akan menyumbang RM150 juta bagi 150,000 pelajar di 500 sekolah.
Pada Febuari lalu, bekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tampil membangkitkan isu itu setelah rancangan asal mengagihkan peranti itu ditukar kepada skim pinjaman mirip buku teks.
Komputer riba menjadi peranti yang penting untuk setiap isi keluarga di negara ini sewaktu perintah kawalan pergerakan kedua (PKP) pada 13 Januari lalu, terutamanya bagi mereka yang mempunyai anak-anak yang masih bersekolah.
Sepanjang PKP, sekolah ditutup untuk kebanyakan pelajar kerana kelas dijalankan dalam talian tetapi tidak semua pelajar mampu membeli peranti atau data telekomunikasi.
![]() |
Apa dah jadi dengan janji kerajaan PN? |
“Janji pada bulan Januari nak bagi laptop, sampai dah nak masuk April masih tak nampak bayang.
“Semalam (dua hari lalu)@MuhyiddinYassin janji lagi nak bagi subsidi RM300 untuk beli telefon pintar yang katanya akan dilancarkan bulan Mei pula,” katanya di Twitter.
0 Comments