Guan Eng dakwa Sanusi main retorik bangsa dan agama


MENTERI BESAR Kedah Muhammad Sanusi Md Nor didakwa menggunakan retorik memecah belah dan menghina bangsa dan agama untuk menutup kegagalan PAS menunaikan janji menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat negeri itu.

Dakwaan itu dibuat bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng pada perasmian konvensyen parti DAP di Alor Setar seperti dilapor media.

Dipetik laporan FMT, Guan Eng berkata, pendekatan ‘menghasut’ ini telah melukai perasaan bukan sahaja rakyat Kedah tetapi seluruh rakyat Malaysia.

“Di antara kegagalan paling jelas yang cuba disembunyikan kerajaan negeri adalah masalah bekalan air, peluang pekerjaan dan perniagaan," tegasnya.

Sebagai rekod, Sanusi yang merupakan Timbalan Pesuruhjaya PAS Kedah berdepan beberapa kritikan antaranya membabitkan isu perlombongan elemen nadir bumi (REE), isu pembatalan cuti sambutan perayaan Deepavali di Kedah dan kontrovesi perobohan kuil Hindu.

ADUN Jeneri itu turut terbabit pergeseran isu air dengan kerajaan negeri Pulau Pinang dan pernah berkata secara berseoroh untuk menyekat air dari Sungai Muda dari terus mengalir ke Pulau Pinang.

Kenyataan Sanusi itu bukan sekadar dikritik rakyat Pulau Pinang, namun mendapat perhatian ramai rakyat negara ini yang menyifatkannya sebagai keterlaluan dan tidak wajar.

Sementara itu. Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan  turut mempersoal kesungguhan kerajaan “pintu belakang” Perikatan Nasional (PN) membantu negeri Kedah.

 PN didakwa gagal bantu kedah


PN yang dikepalai Muhyiddin Yassin katanya telah gagal menyalurkan sebarang dana khas untuk mengatasi masalah ini berbanding Kerajaan dipimpin Pakatan Harapan (HARAPAN) sebelumnya berlaku adil kepada Kedah dengan meluluskan dana khas RM200 juta kepada kerajaan negeri pada Januari tahun lalu.


"Berbanding PN, Harapan ingin menjadi kerajaan yang mewakili semua kaum dan agama berdasarkan prinsip keadilan sosio-ekonomi, kebebasan demokratik, kedaulatan undang-undang dan kemakmuran untuk semua," tambahnya lagi.

Post a Comment

0 Comments