PUTRAJAYA digesa segera mencari jalan bagi menyelesaikan masalah dihadapi rakyat yang terpaksa berbaris panjang dan lama di luar Suruhanjaya Tinggi Malaysia (STM) di Singapura untuk permohonan pasport.
Pakatan Harapan (HARAPAN) melalui satu kenyataan ditandatangani Ketua Penerangan KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin; Ketua Penerangan Amanah, Khalid Samad; dan Pengerusi DAP Johor, Liew Chin Tong menuntut Menteri Luar, Hishammuddin Hussein menunjukkan rasa simpatinya dengan mengambil tindakan segera dalam isu yang dilapor telah berterusan sejak pendemik Covid-19 melanda tahun lalu.
“Beliau perlu memberi penjelasan segera berkenaan situasi yang sedang berlaku.
"Masalah yang sedang dihadapi rakyat kita di Singapura boleh diselesaikan dengan menugaskan lebih ramai pegawai, selain menggunakan teknologi untuk menyelesaikan masalah mereka secara dalam talian.
“Amat memalukan bagi negara sekiranya teknologi tidak digunakan dengan cekap dalam hal-hal sebegini, pada 2021. HARAPAN menegaskan ekonomi negara perlu dipacu secara dinamis, terutamanya di saat ini agar rakyat yang mencari rezeki di luar negara tertarik untuk kembali,” kata mereka.
Terdahulu, The Straits Times (ST) melaporkan beratus-ratus orang terpaksa beratur untuk memperbaharui pasport sejak awal pagi, sehingga ada warga emas dan pengguna kerusi roda harus menunggu berjam-jam di bawah terik matahari.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia dilapor menghentikan semua permohonan langsung untuk pembaharuan pasport pada 30 Mac tahun lalu susulan pandemik Covid-19, namun dibenar semula pada Disember lalu.
![]() |
HARAPAN gesa selesai segera isu di STM S'pura |
Sementara itu, HARAPAN berkata bahawa mereka memandang serius situasi yang dialami rakyat di Singapura.
Tegas mereka, dugaan dihadapi rakyat dalam mencari rezeki di luar tanah air sangat menyayat hati.
0 Comments