PENGUMUMAN
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa pendaftaran Undi 18 dan pemilih
automatik hanya akan dilaksanakan selepas September tahun depan
mengecewakan banyak pihak.
Pemuda Pakatan Harapan (HARAPAN)
menggesa Suruhanjaya itu menjelaskan kenapa pendaftaran pemilih
automatik dan Undi 18 tidak dapat dilaksanakan dalam masa terdekat,
sebaliknya ditangguhkan.
Ketuanya, Shazni Munir Mohd Ithnin
berkata, sepatutnya usaha itu telah pun dilaksanakan memandangkan lebih
setahun usul berkenaan diluluskan di Parlimen dan Suruhanjaya itu
dianggap mempunyai masa yang mencukupi.
“Kami nak tahu secara
terperinci, halangannya apa dan di mana? Logiknya, mendaftarkan secara
automatik itu lebih mudah berbanding bersusah payah membuat pendaftaran
secara manual. Teknologi digital dalam sistem pendaftaran negara lebih
daripada mampu untuk melaksanakannya segera. Susah sangatkah hingga
setahun lebih lamanya tapi masih belum mampu ‘bersiap siaga’ sebaiknya?
“SPR
jangan sebut soal realistik, kerana setahun lebih yang berlalu adalah
tempoh yang amat realistik untuk melaksanakan Undi18 secara automatik ”
katanya dipetik laporan media tempatan.
Sebagai rekod, Dewan
Rakyat meluluskan RUU bagi menurunkan had umur mengundi dari 21 tahun ke
18 tahun, pendaftaran pengundi automatik, dan menurunkan had umur calon
bertanding kepada 18 tahun pada 16 Julai 2019.
Bagaimanapun
Pengerusi SPR Abdul Ghani Salleh dalam kenyataan semalam berkata, SPR
bersikap realistik dengan perkembangan semasa terutama berkait perintah
kawalan pergerakan bagi mengekang penularan wabak Covid-19.
“Kalau
PKP yang dijadikan alasan, kami nak tahu sekali lagi, halangannya apa?
Tidakkah jentera kerajaan pun masih beroperasi seperti biasa?” kata
sambil menegaskan bahawa pada zaman teknologi ini, Jabatan Pendaftaran
Negara (JPN) mempunyai sistem pangkalan data yang baik dan membolehkan
pendaftaran dilaksanakan secara automatik.
Anak muda berang
Pengumuman
Abdul Ghani turut dikritik beberapa personaliti anak muda. Pengasas
bersama gerakan Undi 18, Qyira Yusri berkata, pihaknya berang dengan
penangguhan tersebut.
"Tak masuk akal apabila SPR hanya tampil
dan sebut mengenai penangguhan dan cabaran yang dihadapi setelah hampir
setengah tahun berdepan pandemik.
"Kami merasa sangat marah dan
berpendapat alasan yang diberikan oleh SPR tidak boleh diterima dan
tidak masuk akal," kata Qyira dalam satu kenyataan.
Sementara
itu, Naib Presiden Parti Muda (Muda) Lim Wei Jiet melihat penangguhan
itu sebagai melanggar hak demokrasi dan bertentangan dengan perlembagaan
negara.
Beliau turut menyifatkan alasa PKP sebagai halangan
dalam melaksanakan Undi 18 sebagai tidak munasabah dan seolah-olah SPR
memperbodohkan rakyat Malaysia.
"Tidak masuk akal sewaktu PKP dan
pengumuman darurat, pelajar sekolah masih perlu belajar dari rumah,
rakyat mesti mencari rezeki membayar hutang bank tapi agensi kerajaan
beri alasan remeh isu birokrasi.
"Lebih dari dua pertiga wakil
rakyat telah menyokong usul ini, maka benarlah kerajaan hari ini begitu
takut dengan anak muda," tambahnya sambil menegaskan akan membawa isu
penangguhan Undi 18 itu ke mahkamah secepat mungkin.
Bagi Ketua Pemuda DAP Sabah, keputusan SPR untuk menangguhkan Undi 18 itu menurutnya bermotifkan politik.
"Selain
keputusan itu menunjukkan SPR tidak mampu dan tidak cekap, ia juga
jelas merupakan keputusan bermotifkan politik kerana mereka mempunyai
masa yang cukup - lebih dari setahun - untuk melaksanakannya setelah
rang undang-undang berkaitan diluluskan pada 25 Julai 2019," kata Phoong
Jin Zhe.
![]() |
Pengumuman SPR mengecewakan |
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan menyatakan rasa kecewa dengan pengumuman SPR.Beliau menggesa supaya keputusan Dewan Rakyat dan hak orang muda untuk mengundi dan menentukan masa hadapan negara dihormati.
0 Comments