Anwar dijadualkan bertemua KP SPRM petang esok


PENGERUSI Pakatan Harapan (HARAPAN), Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan akan bertemu dengan ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Azam Baki esok.

Perkara itu dimaklumkan Presiden KEADILAN itu dalam satu hantaran di laman Facebooknya dengan berkata, bahawa Azam telah bersetuju untuk menemuinya pada jam 3 petang.

"Sekalung penghargaan kepada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Azam Baki kerana sedia bertemu saya pada hari Isnin ini bertarikh 22 Mac 2021 pada jam 3.00 petang bertempat di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

"Saya percaya usaha membanteras rasuah dan salahguna kuasa serta kedudukan adalah isu serius dan memerlukan kerjasama semua pihak, termasuk dari kalangan pembangkang dan masyarakat madani.

"Semoga usaha ini menjadi titik mula ke arah Malaysia yang lebih baik, InysaAllah," katanya.

Anwar sebelum ini memaklumkan mahu bertemu Azam, Ia berhubung dakwaan sebelum ini bahawa ada sebahagian ahli Parlimen pembangkang ditawarkan ganjaran atau ditekan untuk menyokong Perikatan Nasional (PN) termasuk dalam pendedahakan dibuat Ahli Parlimen selain Natrah Ismail (Sekijang).

Selain Natrah, beberapa Ahli Parlimen KEADILAN antaranya M Karupaiya (Padang Serai), Kesavan Subramaniam (sungai Siput), Awang Husaini Sahari (Putatan) dan Micheal Teo (Miri) turut mendakwa dipelawa untuk menyokong PN.

Kurapaiya sebelum ini mendakwa dihubungi seorang individu bernama Azhar yang menawarkannya menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dengan janji peruntukan untuk kawasan Parlimennya dan sogokan berupa kontrak.
 
Sementara itu Anwarjuga berkata, dalam pertemuan dengan Azam itu nanti, beliau akan bawa beberapa pandangan dari rakan-rakan dalam KEADILAN dan Pakatan Harapan.

Anwar akan bangkitkan beberapa isu
Ia jelasnya mengenai menyokong agensi penguatkuasa pencegahan rasuah itu untuk terus menjadi badan profesional dan bebas.

"Ini juga bagi menzahirkan rasa gelisah kerana dipercayai oleh sebahagian kita dengan bukti-bukti bahawa agensi kerajaan dijadikan sebagai senjata politik untuk tikam musuh (kerajaan)," katanya dipetik satu laporan media.

 

Post a Comment

0 Comments