SEORANG Ahli Parlimen pembangkang mendesak agar kerajaan menghentikan keseluruhan projek Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (Suke).
Gesaan itu susulan insiden satu daripada komponen kren gantri terjatuh di tapak pembinaan lebuh raya setinggi 120 kaki di Puncak Bayan, Cheras yang mengorbankan tiga nyawa pada Isnin.
Tan Kok Wai dalam sidang medianya selepas bertemu dengan wakil Prolintas Sdn Bhd di lokasi kejadian turut mendesak satu siasatan bebas dibuat berhubung insiden yang berlaku dalam tempoh enam bulan yang telah menyebabkan lima kematian.
"Kami mahu menteri (Fadillah) segera mengeluarkan arahan kerja-kerja pembinaan dihentikan di sepanjang lebuh raya itu bagi memastikan keselamatan orang ramai. Kerana keselamatan awam adalah sesuatu yang tidak boleh dikompromikan,” katanya.
"Siasatan dalaman mesti dilakukan oleh panel bebas. Tidak berat sebelah,” tambahnya.
Dalam kejadian kira-kira 8.45 pagi itu, tiga pekerja warga asing maut sementara seorang pemandu kenderaan cedera apabila satu daripada komponen kren gantri terjatuh serta menghempap sebuah kenderaan di kawasan pembinaan tersebut.
Awal bulan ini, pada 3 Mac, seorang pemandu treler merempuh tapak pembinaan lebuh raya Suke yang menyebabkan ia runtuh dan menghempap sebuah van serta mengakibatkan dua maut dan tiga cedera. Pemandu itu kemudiannya didapati positif metamfetamin.
Pada September 2020, sebuah konkrit jatuh menghempap kenderaan yang menyebabkan kecederaan kepada pemandu. Kontraktor utama Suke MRCB Builders Sdn Bhd dan subkontraktor Makna Setia Sdn Bhd kemudiannya didenda sebanyak RM180,000 kerana gagal memastikan keselamatan. Sementara itu, Ahli Parlimen Bangi Ong Kian Ming yang turut berada dalam sidang media Kok Wai mempersoalkan kenyataan dibuat Menteri Kerja Raya Fadillah Yusof yang dilihat mendahului siasatan kemalangan pada Isnin itu.
Menurut King Ming, dia curiga dengan kenyataan yang dibuat Fadillah.
"Saya tahu, mungkin Fadillah adalah seorang yang sangat cekap, tetapi saya ada sedikit keraguan. Bagaimana siasatan awal boleh dibuat dengan begitu cepat dan mendapati kontraktor projek tidak bersalah?
"Mungkin nanti ada penemuan yang akan diubah. Tetapi mengapa dia begitu bersemangat atau yakin untuk melindungi kontraktor terbabit? Ini adalah satu perkara yang saya tidak faham," katanya dipetik.
Media dalam laporannya memetik kenyataan Fadillah yang berkata "siasatan awal" mendapati kontraktor projek Suke "telah mematuhi SOP yang ditetapkan".
Siasatan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB), Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat sedang dijalankan.

![]() |
Gesa siasatan tidak berat sebelah dijalankan |
Selain Kok Wai dan Kian Ming, turut hadir dalam taklimat dan sidang media itu ialah Ahli Parlimen Bukit Bintang, Fong Kui Lun, Adun Balakong, Wong Siew Ki, Adun Dusun Tua, Edry Faizal Eddy Yusof dan Adun Teratai, Bryan Lai.
0 Comments