KEPUTUSAN hakim Mahkamah Persekutuan ke atas Malaysiakini semalam menarik perhatian Tokoh Wartawan Negara, A Kadir Jasin.
Menulis pandangannya di media sosial A Kadir mengakui bahawa komen yang dibuat mengenai mahkamah boleh mengundang pertuduhan menghina seperti apa yang dialami Malaysiakini.
Beliau turut berkata, sabitan terhadap Malaysiakini dan mendendanya RM500,000 kerana komen yang dibuat pembaca adalah hukuman yang berat.
A. Kadir turut memberi pandangan bahawa hukuman itu mempunyai 'mesej tersirat' buat media di negara ini
"Keputusan ini secara tersirat memberi amaran keras kepada saluran berita, khususnya atas talian, bahawa mereka bertanggungjawab (liable) terhadap komen pembaca yang menyusuli laporan mereka," katanya.
Pernah menjadi penasihat media perdana menteri, A. Kadir berkata keadaan itu akan menimbulkan kerumitan kerana komen pembaca tersiar secara automatik tanpa pengarang mempunyai hak untuk menapisnya.
![]() |
A.Kadir ulas keputusan kes Malaysiakini |
"Selepas itu pembaca tidak lagi mempunyai akses kepada komen yang sudah disekat itu.
"Turut menjadi persoalan sekarang adakah penghakiman 'deterrent' (pencegahan) terhadap Malaysiakini itu akan memberi kesan kepada pengguna perseorangan media sosial," katanya seperti dilapor portal it.
Malaysiakini semalam dikenakan denda RM500,000 kerana menghina mahkamah .
Kesalahan itu dibuat menerusi komen yang dibuat pembaca pada salah satu laporan disiarkan. Komen itu kemudian dipadamkan oleh Malaysiakini.
Sebelum itu peguam kanan persekutuan mencadangkan kepada mahkamah agar Malaysiakini didenda RM200,000 namun peguam yang portal terbabit, Malik Imtiaz Sarwar memohon maksimum RM30,000.
Kempen kumpul dana
Semalam, Portal tersebut melancarkan kempen bagi mengumpul dana untuk membayar denda tersebut.
Sasaran kutipan dana sebanyak RM500,000 dalam masa kurang dari lima jam.
Ketua pengarang Steven Gan dipetik berkata dia terharu dengan kemurahan hati yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia.
"Kami di Malaysiakini merasa sangat rendah hati dengan kemurahan hati mengejutkan yang ditunjukkan oleh mereka yang telah menyumbang kepada Tabung Pembelaan Undang-undang kami.
"Kami tidak tahu bagaimana untuk membalas kepercayaan anda kepada kami selain daripada terus melakukan tugas kami dengan sebaik mungkin dalam persekitaran yang semakin memusuhi wartawan di Malaysia," katanya.
0 Comments