Ramkarpal kritik layanan berbeza antara rakyat dan menteri


SEORANG
Ahli Parlimen Pakatan Harapan (HARAPAN) menyifatkan Keputusan polis untuk merujuk kes dakwaan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 oleh Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa ke Pejabat Peguam Negara disifatkan sebagai ‘mengarut’.

Ramkarpal Singh (Bukit Gelugor)  yang juga seorang peguam turut menyifatkan keputusan untuk tidak mengenakan kompaun terhadap Annuar menggambarkan pelaksanaan undang-undang ‘dwistandard’ 

Beliau turut menyorot bahawa ramai rakyat biasa didenda di bawah Seksyen 25 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 kerana didakwa melanggar SOP ditetapkan.

“Mengapa kes Annuar berbeza hingga ia perlu sampai ke Peguam Negara? Kecuali Annuar disiasat untuk kesalahan yang tidak dapat dikompaun di bawah Kanun Keseksaan.

“Seperti orang lain, jika dia melanggar SOP, kenakan kompaun sama seperti anda mendenda pesalah lain.

"Jika tidak, anda mungkin dilihat mengamalkan ‘dwistandard’ dengan membezakan layanan terhadap ahli politik dan rakyat biasa,” katanya Ramkarpal dalam satu kenyataan.

Dalam gambar yang dikongsikan meluas di media sosial Sabtu lalu, bekas setiausaha agung Barisan Nasional (BN) yang dilihat cenderung kepada pentadbiran Muhyiddin Yassin itu dilihat makan di meja bersama enam individu lain semasa lawatannya ke projek pusat komuniti di Cheras pada Jumaat lalu.

Peraturan PKP oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) menetapkan hanya dua orang saja dibenarkan duduk di setiap meja di premis ketika makan.

Sebelumnya, Annuar pernah dikecam rakyat susulan tular gambar menunjukkan Ahli Parlimen Ketereh itu berjalan untuk tujuan bersenam bersama mantan Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur Datuk Dr Nordin Razak dan Datuk Nik Aminaldin Nik Jaafar.

Annuar bagaimanapun menafikan telah melanggar SOP ditetapkan kerajaan.

Semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur Saiful Azly Kamaruddin berkata Annuar tidak akan dikenakan kompaun kerana didakwa melanggar peraturan perintah kawalan pergerakan (PKP).

 Mengapa tak kompuan Annuar, soal Ramkarpal
Walaupun gambar Annuar bersama beberapa yang lain di meja makan telah menjadi tular, Saiful berkata polis masih mengumpulkan kenyataan dari pihak lain untuk mendapatkan lebih banyak fakta dan bukti mengenai kes tersebut.

Katanya, ia kemudian akan dirujuk ke Pejabat Peguam Negara sambil menambahkan kes itu tidak semudah “hanya bayar RM1,000, kemudian selesai”.


Post a Comment

0 Comments