KEMPEN kesedaran antirasuah wajar dimulakan di peringkat dasar seperti di sekolah, kata Persatuan Patriot Kebangsaan (Patriot).
Dipetik laporan Sinar, Presidennya, Brigadier Jeneral (Bersara), Datuk Mohamed Arshad Raji berkata, pendidikan diperingkat dasar itu dilihat akan memberi kesan lebih berkesan untuk generasi akan datang.
“Pendidik mesti tunjukkan tauladan. Masukkan unsur-unsur anti rasuah kepada pelajar sekolah.
“Bila mereka telah membesar, mereka akan berfikir dan mengingati apa yang diajar di sekolah. Mereka takkan lupa,” katanya dipetik laporan itu.
Menurutnya, usaha menghapuskan amalan rasuah yang ada pada masa ini adalah satu usaha sukar. Justeru kempen menyemai sikap anti rasuah yang bermula dari bawah merupakan cara yang terbaik bagi membanteras gejala tidak sihat itu.
“Untuk menghapuskan rasuah dalam tempoh jangka pendek tidak mungkin berlaku, hati mereka telah tertutup. Mereka juga tidak mengaku melakukan rasuah.
"Kesedaran anti rasuah ini mesti dimulakan di peringkat sekolah lagi,” katanya.
Dalam pada itu, Mohamed Arshad yang pernah berkhidmat selama 32 tahun dalam ketenteraan berkata, semasa dalam perkhidmatan, beliau tidak menyedari bahawa isu rasuah semakin parah.
![]() |
Mesti mulakan pendidikan anti rasuah di sekolah |
“Tengok apa yang berlaku seperti yang dipaparkan dalam berita, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Imigresen dan sebagainya berpuluh orang kakitangan terlibat rasuah,” katanya lagi.
0 Comments