Pemuda HARAPAN Sabah gesa Parlimen kembali bersidang


PEMUDA
Pakatan Harapan (HARAPAN) Sabah menggesa supaya Parlimen dapat dibenarkan bersidang seperti biasa secepat mungkin. 

Setiausahanya Razeef Rakimin berkata, dalam usaha negara untuk bebas dari pendemik Covid-19, sidang parlimen perlu supaya bagi membangun semua ekonomi yang jatuh dapat direncana semula.

Sidang Parlimen juga tegasnya perlu bagi mengelak berlakunya salah guna kuasa dalam pentadbiran.

"Umum mengetahui beberapa negeri telah kembali kepada pelaksanaan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan hampir semua sektor ekonomi telah kembali beroperasi seperti biasa dengan prosedur operasi standard (SOP) lebih ketat.

"Kami beranggapan tidak ada keperluan untuk menangguhkan sidang Parlimen. Jika sebelum ini Parlimen dibenarkan bersidang walaupun beberapa ahli Parlimen yang menjalani kuarantin dibenarkan hadir dengan memakai pakaian kelengkapan perlindungan diri (PPE), mengapa hari ini ia menjadi isu?

"Adakah mereka hanya dibenarkan agar kerajaan berjaya dalam undi Belanjawan 2021 sahaja?" katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan Sabah itu turut menegaskan bahawa berkata, berbeza dengan negara luar, kebanyakan sektor ekonomi masih ditutup,  namun Parlimen bersidang seperti biasa.

Sementara apa yang berlaku di negara ini jelasnya amat memalukan.

"Muhyiddin (Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin) perlu malu dengan tindakan beliau yang dilihat seperti pengecut.

"Adalah amat memalukan apabila negara ditegur oleh beberapa ahli Parlimen negara luar yang melihat berlakunya pencabulan sistem demokrasi di negara ini.

"Kami mendesak agar Parlimen dibenarkan bersidang seperti biasa," katanya lagi.

BACA:
Ahli Parlimen Asean gesa henti penggantungan Parlimen M'sia

BACA: Azalina 'bingung' kerajaan PN gantung sidang Parlimen


Sebelum ini, 90 Ahli Parlimen daripada tujuh negara Asean menggesa agar Parlimen Malaysia dibenarkan dapat bersidang semula tanpa sekatan secepat mungkin.

 Sidang penting untuk pacu semula negara
Mereka berkata persidangan Parlimen penting untuk memastikan kebertanggungjawaban kerajaan, menilai langkah darurat, melindungi hak asasi, dan menyumbang ke arah proses membuat keputusan berkenaan dasar utama.

Tindakan Muhyiddin menggantung sidang Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) sepanjang tempoh darurat dikritik banyak pihak.

Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Azalina Othman Said dalam sepucuk surat kepada Peguam Negara Idrus Harun turut mengakui binggung dengan penggantungan itu yang menyebabkan pihak eksekutif seolah-olah mentadbir secara bebas dalam hal ehwal negara dan tidak dipertanggungjawabkan kepada institusi perundangan tertinggi di dalam Negara itu.

Post a Comment

0 Comments