KERAJAAN Perikatan Nasional (PN) dikepalai Muhyiddin Yassin digesa tidak mencampur adukkan hal politik dengan Covid-19.
Gesaan
itu disuarakan bekas menteri, Tan Sri Rafidah Aziz dipetik satu
temubual bersama Astro Awani sambil menegaskan bahawa ia hanya akan
menyebabkan masalah ditanggung negara berterusan.
Tambah
Rafidah, sekiranya darurat digunakan semata-mata untuk mengelak daripada
mengadakan sidang Parlimen, itu disifatkan sebagai motif politik.
“Di sini kita harus bincangkan langkah-langkah tangani Covid-19 yang tiada kaitan dengan darurat.
“Tidak boleh campur Covid-19 dengan politik. Jadi kalau tak tegaskan kat sini. Masalah akan berterusan,” katanya dipetik.
Tambahnya,
tindakan darurat yang dilakukan kerajaan masa ini memberi implikasi
yang besar pada negara terutama apabila Parlimen tidak boleh bersidang.
Tanpa
darurat jelasnya negara masih boleh menangani Covid-19 seperti menahan,
mengawal perjalanan, menutup sempadan dan mengasingkan rakyat daripada
dijangkiti Covid-19.
Dipetik wawancara sama, Rafidah yang diberi
jolokan 'wanita besi' itu turut menyatakan sokongan kepada gerakan untuk
menarik balik darurat.
"Darurat kalau ada riuh-rendah, orang demontrasi, baling batu dan bunuh-membunuh itu memang wajib darurat.
“Kalau
dicampur aduk dengan Parlimen, dicampur aduk dengan darurat, yang tiada
kaitan dengan Covid-19 itu yang menyusahkan kita. Beri gambaran seolah
negara ini tidak terkawal sehingga perlu buat darurat,” katanya lagi.
![]() |
Rafidah gesa jangan campur aduk politik |
Malah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan kebenaran untuk memulakan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan kerajaan untuk mengisytiharkan darurat itu dengan menamakan Muhyiddin Yassin dan kerajaan sebagai responden pertama dan kedua dalam tuntutan itu.
0 Comments