BEKAS menteri kewangan Daim Zainuddin memberi pandangan bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) dikepalai Muhyiddin Yassin seolah-olah tidak mempunyai rancangan untuk merangsang semula ekonomi yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19
Dipetik wawancara bersama portal FMT, Daim menyuarakan pandangan itu ketika negara lain terutama di rantau ini sudah mula menggerakkan usaha memulihkan semula ekonomi mereka.
Dengan ketidakcekapan kerajaan yang terbentuk dari 'Langkah Sheraton' itu jelasnya, Malaysia akan terus dipinggirkan pelabur.
“Kerajaan seolah-olah buntu dan tidak mempunyai rancangan berkesan. Pelabur tidak akan masuk sebuah negara di mana ketidakcekapan begitu nyata,” kata Daim dalam wawancara tersebut.
Laporan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Perdagangan dan Pembangunan (UNCTAD) sebelum ini mendedahkan Pengaliran masuk pelaburan langsung asing (FDI) Malaysia jatuh 68% ke AS$2.5 bilion pada 2020.
Malah Kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) dunia bagi tahun 2020 yang jatuh ke kedudukan 57 berbanding tangga 51 pada 2019 turut dilihat punca pelabur menjauhkan diri dari Malaysia.
Sementara itu tambah Daim, pemimpin kerajaan tidak seharusnya hanya berpeluk tubuh. Langkah lebih drastik perlu dilakukan bagi menarik semula pelabur untuk melabur di negara ini.
“Namun, pelabur tidak nampak tanda-tanda ini berlaku. Kita jangan lupa pelabur ada pelbagai pilihan dan membuat keputusan berdasarkan apa yang nyata dan hakikat,” katanya lagi.
![]() |
Kerajaan dikepalai Muhyiddin seolah-olah lesu |
Justeru, untuk membendung kesan negatif susulan pengisytiharan itu, Daim menegaskan, kerajaan harus telus dalam setiap tindakannya supaya tidak menghakis lagi keyakinan pelabur.
0 Comments