PERMOHONAN bagi kebenaran semakan kehakiman difailkan Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN), Datuk Seri Anwar berhubung isu darurat akan didengar terlebih dahulu di Mahkamah Tinggi.
Peguam Kanan Persekutuan (SFC) Ahmad Hanir Hambaly berkata Hakim Mahkamah Tinggi Mariana Yahya memutuskan untuk mendengar permohonan itu pada 2.30 petang 4 Mac ini menerusi prosiding secara dalam talian.
Pendengaran itu perlu sebelum empat persoalan undang-undang berkaitan darurat dirujuk ke Mahkamah Persekutuan.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pengurusan kes yang berlangsung secara dalam talian yang turut disertai SFC S Narkunavathy dan peguam yang mewakili Anwar iaitu Ramkarpal Singh dan Sangeet Kaur Deo.
Anwar yang juga merupakan Ahli Parlimen Port Dickson sebelum ini membuat permohonan bagi membenarkan semakan kehakiman untuk mencabar tindakan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menasihati Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah untuk menggantung persidangan Parlimen dalam tempoh darurat.
Dalam permohonan difailkan Anwar 25 Jan lepas, beliau memohon deklarasi bahawa keputusan yang diberikan oleh Jemaah Menteri, diketuai Muhyiddin untuk menasihati Sultan Abdullah untuk memasyhurkan Seksyen 14 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 yang telah mengakibatkan penggantungan Parlimen adalah bertentangan dengan undang-undang, tidak berperlembagaan, tidak sah, tidak mempunyai sebarang kesan dan ultra vires.
Anwar memohon deklarasi bahawa Seksyen 14 Ordinan Darurat itu tidak konsisten dengan Perkara 150 (3) dan (5) Perlembagaan Persekutuan serta tidak berpelembagaan dan tidak sah selain memohon perintah mandamus memerintahkan kedua-dua responden untuk menasihatkan Al-Sultan Abdullah supaya membatalkan Seksyen 14 Ordinan Darurat berkenaan.
Presiden parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) itu juga memfailkan permohonan untuk merujuk empat persoalan undang-undang kepada Mahkamah Persekutuan berhubung isu sama (darurat).
Peguam Kanan Persekutuan (SFC) Ahmad Hanir Hambaly berkata Hakim Mahkamah Tinggi Mariana Yahya memutuskan untuk mendengar permohonan itu pada 2.30 petang 4 Mac ini menerusi prosiding secara dalam talian.
Pendengaran itu perlu sebelum empat persoalan undang-undang berkaitan darurat dirujuk ke Mahkamah Persekutuan.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas pengurusan kes yang berlangsung secara dalam talian yang turut disertai SFC S Narkunavathy dan peguam yang mewakili Anwar iaitu Ramkarpal Singh dan Sangeet Kaur Deo.
Anwar yang juga merupakan Ahli Parlimen Port Dickson sebelum ini membuat permohonan bagi membenarkan semakan kehakiman untuk mencabar tindakan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menasihati Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah untuk menggantung persidangan Parlimen dalam tempoh darurat.
Dalam permohonan difailkan Anwar 25 Jan lepas, beliau memohon deklarasi bahawa keputusan yang diberikan oleh Jemaah Menteri, diketuai Muhyiddin untuk menasihati Sultan Abdullah untuk memasyhurkan Seksyen 14 Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 yang telah mengakibatkan penggantungan Parlimen adalah bertentangan dengan undang-undang, tidak berperlembagaan, tidak sah, tidak mempunyai sebarang kesan dan ultra vires.
![]() |
Pendengaran akan dibuat atas talian |

0 Comments