PENGERUSI Pakatan Harapan (HARAPAN) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan bahawa kebebasan bersuara merupakan ‘tiang seri’ dan elemen penting dalam sistem demokratik.
Melalui satu kenyataan media Presiden KEADILAN itu berkata, ia menjadi tanggungjawab cabang pemerintah untuk memelihara dan melindunginya sepertimana terkandung dalam Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.
Namun tegasnya, Kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang hampir setahun mengemudi negara dilihat cuba menyekat kebebasan bersuara dengan mengganggu penyiasatan wartawan, badan berita bebas serta ahli parlimen.
"Dalam masa yang sangat singkat perikatan Nasional mengemudi negara, tampaknya terdapat serangan yang berterusan ke atas kebebasan bersuara dan kebebasan media, termasuk penyiasatan dan gangguan terhadap para wartawan, para pemuka masyarakat madani, ahli-ahli parlimen dan kini badan-badan berita yang bebas," katanya.
Anwar memberi peringatan itu susulan keputusan Mahkamah Persekutuan menerusi keputusan majoriti 6-1 menjatuhi hukuman denda RM500,000 kepada portal Malaysiakini atas kesalahan menghina mahkamah menerusi komen pembacanya.
Ia berkaitan komen lima pembaca mengenai artikel disiarkan Malaysiakini pada 9 Jun bertajuk ‘CJ orders all courts to be fully operational from July 1’ yang didakwa bersifat menghina.
Dalam kenyataan itu, Anwar turut melahirkan kebimbangan Malaysia akan menuju kearah pemerintahan diktator.
Dalam perkara berkaitan penghinaan terhadap mahkamah dan subjudis, Anwar berkata, perlu wujud keseimbangan antara pemeliharaan prinsip kebebasan bersuara dan penegakan hukuman yang jelas seperti yang pernah disuarakan Majlis Peguam.
![]() |
Bimbang negara kearah pemerintahan diktator |
“Negara luar banyak melakukan taktik ini sekali gus menggambarkan Malaysia menuju ke arah pemerintahan diktator. Tindakan ini akan merobek kepercayaan dan keyakinan terhadap negara malah menyebabkan pelabur asing semakin menjauh,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
0 Comments