Jamali Shadat meninggal dunia


PELAWAK
'stand up' komedi popular, Datuk Jamali Shadat, meninggal dunia pagi tadi pada usia 78 tahun.

Berita kematian bintang terkenal itu dimaklumkan oleh cucunya, Isyraq Ariff Zalull Ariff, 31.

“Doktor sudah mengesahkan datuk sudah tiada. Urusan proses pengebumian akan dimaklumkan kemudian,” katanya seperti dilapor Harian Metro.
 
Terdahulu, media melaporkan keadaan Jamali yang semakin uzur , tidak mampu berjalan dan kurang selera makan.

Difahamkan, Jamali amat terkesan dengan kematian isterinya Lela Yacob akibat serangan angin ahmar pada Jun 2018.

Kehilangan Lela yang menguruskan segala jadual aktiviti seni dan kehidupannya serta menjaganya sehingga pulih apabila diserang angin ahmar telah menyebabkan Jamali berada dalam situasi tidak bersemangat.
 
"Selepas itu... dia macam termenung dan khayal. Rumahnya bersebelahan dengan rumah bapa saudara saya, Fauzi dan mereka menjaganya," kata Isyraq lagi.

Datuk Jamali menutup usia pada umur 78 tahun
Jamali yang dilahirkan di Bukit Kapar, Klang, Selangor, mempunyai lapan anak dan 39 cucu.

Pada zaman kegemilangannya pada 1980-an, pelawak legenda ini cukup dikenali dengan kebolehan melakonkan watak kanak-kanak bernama 'Atan' bersama Atuknya serta rakan berbilang kaum.


Post a Comment

0 Comments