KEJATUHAN Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Malaysia dari tangga ke-51 pada tahun 2019 kepada kedudukan ke-57 pada tahun lalu tidak boleh dipandang ringan, tegas bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Datuk Seri Mohd Shukri Abdull dalam satu laporan media berkata, walaupun CPI hanya persepsi tetapi ia diiktiraf di peringkat global dan menjadi indikator penting khususnya untuk pelabur luar negara.
Justeru tegasnya, kerajaan perlu serius menangani CPI kerana ia mempengaruhi keputusan sama ada mahu melabur atau meneruskan pelaburan di sesebuah negara.
"Jika CPI teruk, pelabur akan menilai dan seterusnya akan takut untuk melabur kerana menganggap negara ini korup," katanya dipetik laporan Sinar.
Mohd Syukri sebelumnya mengulas laporan Transparency International Malaysia (TI-M) mengenai kedudukan Malaysia yang jatuh ke kedudukan 57 tahun ini berbanding tangga ke-51 pada tahun 2019- ketika negara dipimpin Pakatan Harapan (HARAPAN).
Mengulas lanjut, beliau melihat ada beberapa sebab mempengaruhi kejatuhan indeks itu, ia antaranya terbantutnya pelaksanaan inisiatif Pelan Anti Rasuah Nasional (NACP) 2019-2023 yang dimulakan pada era pentadbiran HARAPAN.
inisiatif NACP itu yang diusahakan oleh Pusat Governans, Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC) sebelum ini memberi impak sangat positif bukan sahaja kepada orang tempatan tetapi juga di peringkat antarabangsa.
"NACP sangat penting kerana ia acuan untuk negara kita. Apa yang penting inisiatif itu mesti dilaksanakan kerana kita tidak mahu dipandang sebagai negara yang hanya pakar membuat inisiatif atau dasar tetapi implementasinya tiada.
"Tetapi sekarang apabila pelaksanaan inisiatif itu terbantut, orang tak dapat lihat lagi sejauh mana kita berusaha untuk meningkatkan integriti di negara ini dan ia menjejaskan CPI negara serta skor," katanya.
Sementara itu tambahnya, kejatuhan indeks itu sangat membimbangkang, ia bukan sekadar akan menyebabkan bakal pelabur tidak mahu melabur tetapi juga pelabur sedia ada yang sudah melabur dalam negara mungkin akan lari.
"Bagaimana jika mereka lari dan melabur di negara lain yang dirasakan lebih menguntungkan dan meyakinkan? Ia hanya akan memberi kesan besar kepada ekonomi negara.
"Pekerja-pekerja tempatan juga akan hilang pekerjaan dan ia juga akan menyebabkan masalah sosial yang lain," katanya.
Justeru tegasnya, Malaysia perlu melihat dan menjadikan negara seperti Denmark, New Zealand, Finland dan Singapura yang berada pada kedudukan tertinggi CPI sebagai contoh.

![]() |
Kejatuhan CPI beri kesan negatif kepada rakyat |
"Sedangkan kita di negara ini masih melindungi dan mempertahankan orang yang rasuah, yang pecah amanah atau yang sudah dituduh di mahkamah. Perkara itu perlu diperbetulkan, orang yang rasuah harus ditolak," katanya dipetik laporan itu.
0 Comments