BEKAS Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serkam, Datuk Nawawi Ahmad dilapor meninggal dunia hari ini.
Nawawi, 82 yang juga bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Jasin menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi di Hospital Melaka kerana sakit tua.
Allahyarham dipilih sebagai ADUN Serkam pada Pilihan Raya Umum (PRU) 1981 mewakili Barisan Nasional (BN) ketika Tan Sri Rahim Tamby Chik menjadi Ketua Menteri.
Allahyarham merupakan penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Melaka pada 2010 dan pernah dilantik sebagai Penasihat Halal syarikat makanan segera KFC.
beliau yang merupakan pendakwah bebas dan guru agama pernah menghasilkan buku, antaranya berjudul 'Ilmu Jiwa Dalam Al-Quran' serta beberapa artikel majalah.
![]() |
Allahyarham Nawawi berusia 82 tahun |
Allahyarham meninggal balu, Datin Esah Mohamad, 50 dan enam anak.
0 Comments