PEPERANGAN melawan pandemik Covid-19 masih belum tamat, malah kian sengit, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Bercakap kepada media selepas menghadiri pelancaran buku mewah berjudul 'The Fight Against Uncertainty: Hospital Services Journey In Combating Covid-19', yang dilaksanakan secara maya, di Putrajaya pada Khamis, Dr Noor Hisham menegaskan usaha melawan pendemik itu memerlukan kesepaduan rakyat dan Kementerian Kesihatan (KKM).
"Peperangan masih belum tamat dan semakin sengit. Kita perlu bersatu dan kesepaduan akan membezakan sama ada kita akan menangani Covid-19 dengan baik," katanya.
Beliau berkata usaha KKM membendung penularan Covid-19 dalam negara tetap diteruskan dan kemudahan kesihatan awam dalam mendepani pandemik itu setakat ini masih boleh bertahan.
ambil mengucapkan Selamat Tahun baru kepada semua rakyat Malaysia, beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada seluruh warga KKM, petugas barisan hadapan serta petugas media yang bersama-sama KKM memerangi Covid-19 sepanjang 2020.
“Tempoh setahun ini, peperangan itu adalah kelesuan mental dan fizikal untuk petugas KKM dan juga rakyat. Kita masih belum menang dan diharap 2021 kalau semua orang patuh SOP.
"Insya-Allah kita boleh putuskan rantaian jangkitan Covid-19 dalam negara," katanya.
Mengulas mengenai buku berkenaan, Dr Noor Hisham berkata buku setebal 158 muka surat itu diterbitkan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) Perkhidmatan Hospital, Program Perubatan, yang memaparkan kompilasi penulisan ringkas dengan foto yang menarik tentang perjalanan peperangan petugas hadapan dalam memerangi Covid-19 pada 2020.
![]() |
Dr Noor Hisham ketika pelancaran buku |
Orang ramai yang berminat melihat buku mewah tersebut boleh melayari laman rasmi KKM.
0 Comments