ANGKATAN MUDA KEADILAN (AMK) mempersoalkan kegagalan pihak berwajib dalam mengambil tindakan tegas terhadap pemimpin kerajaan yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.
Ketuanya, Akmal Nasrullah Mohd Nasir yang dipetik laporan Sinar mendakwa, kegagalan itu yang dilihat seperti pendekatan berat sebelah dalam pelaksanaan SOP membangkitkan kemarahan di kalangan rakyat.
Beberapa tindakan dilakukan menteri yang dilihat sewenangnya melanggar ketetapan dibuat sendiri kerajaan diwakili mereka sentiasa menjadi pertikiaan umum.
"Pelanggaran SOP oleh menteri sekali lagi dapat dilihat melalui lawatan kerja Senator Tengku Zafrul, Menteri Kewangan ke Pusat Latihan Perindustrian dan Pemulihan (PLPP) di Bangi pada 24 Januari 2020.
"Berdasarkan maklumat atau tentatif yang saya terima serta gambar yang dimuat naik di Facebook Menteri Kewangan, aktiviti semasa program tersebut jelas melanggar SOP PKP yang dikemaskini pada 22 Januari 2021 berhubung arahan untuk tidak membenarkan sebarang majlis rasmi dan tidak rasmi kerajaan dan swasta termasuk aktiviti seperti mesyuarat, bengkel pameran, serta aktiviti lain yang berkaitan.
"Apakah rasional bagi aktiviti demo (pertunjukan) kepada menteri serta aktiviti simbolik seperti memberi makan lobster ketika darurat dan PKP2.0," soal Akmal dalam kenyataannya pada Rabu.
Difahamkan, lawatan itu turut disertai Rina Harun, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang disahkan positif wabak itu pada 11 Januari lalu.
"Jika mengikut tempoh standard kuarantin iaitu 14 hari, tempoh kuarantin beliau sepatutnya berakhir pada 25 Januari 2020.
"Bukankah ini suatu tindakan amat tidak bertanggungjawab olehmenteri yang berpotensi menyebar virus kepada umum," soalnya lagi.
Akmal berkata, pelanggaran SOP secara terbuka oleh menteri yang seperti kebal daripada tindakan undang-undang pernah disuarakan sebelum ini seperti rombongan rentas negeri Azmin Ali ke Johor pada 17 Januari yang lalu.
![]() |
Pelanggaran SOP oleh menteri dikritikan rakyat |
"Ini adalah suatu pendekatan yang berat sebelah, dua darjat dan perlu diubah segera. Tatkala rakyat segera diambil tindakan, menteri pula berterusan bebas melanggar undang-undang," katanya.
0 Comments