Indeks Persepsi Rasuah zaman PN kembali mengecewakan


SKOR Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) Transparency International sepanjang era pentadbiran Perikatan Nasional (PN) tahun lalu merosot dua mata.

Berdasarkan laporan terbaharu, Malaysia mendapat 51 daripada 100 dalam laporan terbaru berbanding skor 53 ketika era pemerintahan Pakatan Harapan (HARAPAN).

Imej Malaysia dalam usaha memerangi rasuah dipulihkan ketika era HARAPAN. sebelum pilihan raya umum 2018, Malaysia mencatatkan skor 47 - yang terendah sejak metodologi itu disemak semula pada 2012.

Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Muhammad Mohan ketika menyampaikan CPI 2020 berkata, walaupun penurunan dua mata itu “tidak signifikan dari segi statistik” akibat margin kesilapan 1.6%, hasilnya tidak boleh diketepikan.

“Apabila anda melihat trend menurun, ini adalah sesuatu yang perlu dibimbangkan dan ditangani,” katanya.

Dengan penurunan skor terbaru itu, Malaysia kini di tangga ke-57 di seluruh dunia, daripada tangga ke-51 sebelum ini, ketinggalan di belakang Arab Saudi, Mauritius dan Itali.

“Trajektori yang kita ambil sangat membimbangkan, dan satu-satunya cara untuk melantun dan mara adalah pembaharuan institusi,” katanya yang mendapati ia menjadi perlahan sejak kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN)," kata Muhammad Mohan lagi.

Beliau mengesyorkan pelbagai tindakan yang boleh diambil untuk mencegah penurunan skor lebih lanjut, seperti mengecilkan skop Akta Rahsia Rasmi (OSA) untuk mengecualikan maklumat dalam pengetahuan masyarakat, dan ketelusan dalam pelaksanaan Pelan Anti-rasuah Nasional (NACP).

 CPI era Pakatan Harapan lebih baik


Katanya, ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) harus dilantik Parlimen, Akta Kesalahan Pilihan Raya harus merangkumi sekatan terhadap rasuah, dan ahli politik yang didapati bersalah melakukan rasuah perlu dipaksa mengosongkan kerusi mereka.


Untuk rekod, CPI itu dibangunkan dengan menyatukan skor sehingga 13 sumber bebas seperti Indeks Transformasi Bertelsmann dan Tinjauan Pendapat Eksekutif Forum Ekonomi Dunia.

Post a Comment

0 Comments