ADUN gesa K'jaan Terengganu ikut langkah Selangor


KERAJAAN
Negeri Terengganu yang dipimpin PAS digesa mencontohi usaha pentadbiran Selangor membeli vaksin Covid-19 untuk kegunaan rakyat di negeri itu.

Gesaan itu disuarakan Pengerusi KEADILAN negeri, Azan Ismail yang berkata usaha mendapatkan vaksin Covid-19 tersebut perlu dilakukan segera ekoran Terengganu kini mencatatkan kadar kebolehjangkitan (Rt) harian tertinggi di Malaysia.

Brdasarkan infografik yang dikongsikan akaun Twitter Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah, Terengganu mencatatkan kadar Rt  pada tahap 1.31 berbanding 1.03 untuk seluruh negara.

“Selangor antara negeri yang sudah mengumumkan cadangan untuk membeli sendiri vaksin kerana akses untuk orang awam lebih lewat, barangkali hanya penghujung Mei.

"Kerajaan Terengganu patut membuat pengumum segera pelan mereka membeli vaksin berdasarkan kepada keadaan kadar Rt di negeri itu.

"Kalau tidak tahu, boleh berhubung dengan kerajaan Selangor minta nasihat untuk bertindak dengan cara sama," katanya dipetik laporan media.

Pada 18 Jan lalu, kerajaan Selangor menyatakan hasratnya membeli kira-kira lima juta dos vaksin Covid-19 bagi rakyat negeri itu dan usaha berkenaan disambut baik oleh kerajaan persekutuan serta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

 T'ganu digesa beli vaksin untuk rakyat  negeri
Langkah itu disusuli beberapa tindakan lain bagi menringankan beban rakyat yang terjejas pendemik berkenaan di negeri dikuasai Pakatan Harapan (HARAPAN) itu.
 
BACA:
Pemimpin negeri PN ucap terima kasih kepada Selangor.

Selain cuba membeli sendiri vaksin Covid-19, Azan berkata, KEADILAN Terengganu turut berharap kerajaan Terengganu menghulurkan bantuan lain pada kadar segera untuk membantu mengekang penularan wabak tersebut.

“Terengganu mempunyai banyak wang. Sepatutnya wang tersebut boleh digunakan untuk menjalankan aktiviti sanitasi di semua tempat awam,” kata ADUN Bandar itu lagi

Post a Comment

0 Comments