Whatapp hina Anwar belum terbukti sahih - Fahmi

 

PARTI Keadilan Rakyat (KEADILAN) belum menerima sebarang aduan khusus mengenai perbualan beberapa pemimpin Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang didakwa mempersoal tindakan Presiden parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pengarah Komunikasinya, Fahmi Fadzil berkata, setiap aduan mengenai parti akan segera dibincangkan di peringkat pimpinan sekiranya ada.

Sebarang isu atau laporan membabitkan kepimpinan akan diteliti secara serius dan menyeluruh.

"Setakat ini belum terima apa-apa (laporan) jadi sukar untuk komen kerana belum ada kesahihan sama ada benar atau tidak benar, atau ada orang buat suntingan (perbualan yang tular itu) atau bagaimana.

"Jadi, setakat ini (isu hina Anwar) belum dibincangkan tapi saya percaya dengan mana-mana isu yang di bawa ke perhatian kami adakan mesyuarat," jelasnya.

Satu tangkapan layar perbualan membabitkan ketua AMK, Akmal Nasrullah dan beberapa pemimpin lagi dalam satu kumpulan sembang WhatsApp disebarkan di media sosial baru-baru ini.

Berdasarkan perbualan itu, perasaan tidak puas hati itu timbul berikutan kegagalan Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson membuktikan beliau mempunyai sokongan majoriti, sekali gus menjatuhkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Perkara ini mungkin akan dibincangkan sekiranya ada laporan dibuat tapi waktu ini saya belum terima apa-apa maklumat daripada pihak ibu pejabat tentang isu ini, setakat ini," kata Fahmi lagi dipetik laporan Sinar.

Dalam perkembangan berkaitan, beberapa pihak mengeluarkan kenyataan mendesak supaya tindakan terhadap Akmal, yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru diambil.

 Belum ada aduan rasmi dikemukakan
Bagaimanapun, ada pihak beranggapan bahawa serangan Akmal yang diketahui umum sebagai penyokong Anwar telah dirancang.

"Serangan terhadap Saudara Akmal Nasir bukan perkara baru..

"Ia telah dirancang rapi dgn lebih awal. mereka terdesak utk mencari salah dan silap walaupun terpaksa ambil sebahagian petikan perbincangan dalam grup whatsapp yang kononnya boleh dijadikan modal untuk perdayakan kita semua seolah adanya musuh dalam selimut dalam AMK yang menidakkan apa jua tindakan Anwar Ibrahim," tulis pengguna media sosial Facebook dengan nama samaran Suara Marhaen.

Post a Comment

0 Comments