Sumber nafi Anwar dapat sokongan MP Umno

 


PENGERUSI Pakatan Harapan (HARAPAN), DatuK Seri Anwar Ibrahim digembar-gemburkan akan  akan cuba sekali lagi meyakinkan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bahawa beliau mempunyai bilangan sokongan yang mencukupi dari kalangan Ahli Dewan Rakyat.

Astro Awani dalam laporan yang bersumberkan sumber dalaman Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) berkata, Anwar sudah mempunyai 113 sokongan dalam bentuk akuan bersumpah (SD).

Sumber itu menjelaskan, Anwar sedang dalam perancangan untuk memohon perkenan menghadap Agong di Istana Negara dalam masa terdekat.

“Bagaimanapun ia tertakluk kepada jadual Tuanku Baginda,” menurut sumber yang tidak disahkan itu.

Seorang pegawai menteri dipetik laporan itu memberitahu bahawa usaha terbaharu Anwar itu bukan sekadar khabar angin.

“Dengarnya usul itu akan cuba digerakkan sebelum Dewan Rakyat tamat pada Khamis depan (17 Disember, 2020),” katanya menurut laporan itu.

Sekiranya laporan itu benar,  ia sekali gus memberi peluang kepada Anwar untuk menjatuhkan Kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin yang mengambil kerajaan dari HARAPAN melalui langkah Sheraton.

Muhyiddin sehingga kini dikritik kerana tidak membuktikan keasbahan sokongan Ahli Dewan ayang didakwa dimilikinya.

Untuk rekod sebelum ini seramai 25 Ahli Parlimen telah mengusulkan undi tidak percaya kepada Muhyiddin yang juga merupakan presiden parti Bersatu.

 Sumber menafikan Anwar mahu menghadap Agong
Terdapat pula ura-ura mengatakan 10 Ahli Parlimen dari Umno termasuk bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tersenarai dalam SD tersebut.

Walau bagaimanapun sumber dalaman HARAPAN pula menafikan laporan berita tersebut.

"Kami menafikan laporan berita itu. Maklumat berkenaan juga adalah palsu," katanya sumber itu melalui satu kenyataan.

Post a Comment

0 Comments