EMPAT suspek kes samun sebuah rumah di Taman Pelangi dekat Rawang mati ditembak pihak berkuasa polis.
Dalam kejadian di Jalan Kuala Selangor kira-kira jam 2 petang semalam, pihak polis terpaksa melepaskan tembakan bagi menyelamatkan anggota dan orang awam setelah suspek berkenaan bertindak agresif.
Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kes samun di kawasan perumahan tersebut pada jam 12 tengah hari.
Hasil pemantauan dan rondaan, polis berjaya mengesan kereta jenis Perodua Axia dinaiki suspek dekat Hospital Sungai Buloh, jam 1 tengah hari.
"Suspek tidak memberi kerjasama dan polis terpaksa mengejar kereta mereka hingga ke kawasan Jalan Kuala Selangor.
"Dalam kejadian itu, kereta dinaiki suspek turut melanggar seorang penunggang motosikal wanita yang bekerja sebagai penghantar makanan.Wanita itu diseret dan digilis beberapa meter," katanya pada sidang media di lokasi kejadian.
Tambah Arjunaidi lagi, selepas laluan terhalang, suspek kemudian mengundurkan kereta dan seorang daripada mereka keluar dari kereta bersenjatakan parang.
"Kita terpaksa melepaskan beberapa das tembakan ke atas kereta dinaiki suspek demi mempertahankan diri anggota polis dan orang awam," katanya.
Beliau berkata, pemeriksaan lanjut mendapati kumpulan penjenayah itu disyaki terlibat dalam 50 kes samun sejak awal tahun ini.
Katanya, dua daripada suspek mempunyai rekod dikehendaki polis kerana lari daripada perintah sekatan Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959.
"Semakan juga mendapati kereta yang digunakan itu ada rekod samun di Petaling Jaya," tambahnya.
Sementara itu Arjunaidi berkata, beliau dimaklumkan penghantar makanan itu merupakan ibu tunggal berusia 44 tahun telah dihantar ke hospital untuk tindakan lanjut.
Dalam kejadian di Jalan Kuala Selangor kira-kira jam 2 petang semalam, pihak polis terpaksa melepaskan tembakan bagi menyelamatkan anggota dan orang awam setelah suspek berkenaan bertindak agresif.
Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kes samun di kawasan perumahan tersebut pada jam 12 tengah hari.
Hasil pemantauan dan rondaan, polis berjaya mengesan kereta jenis Perodua Axia dinaiki suspek dekat Hospital Sungai Buloh, jam 1 tengah hari.
"Suspek tidak memberi kerjasama dan polis terpaksa mengejar kereta mereka hingga ke kawasan Jalan Kuala Selangor.
"Dalam kejadian itu, kereta dinaiki suspek turut melanggar seorang penunggang motosikal wanita yang bekerja sebagai penghantar makanan.Wanita itu diseret dan digilis beberapa meter," katanya pada sidang media di lokasi kejadian.
Tambah Arjunaidi lagi, selepas laluan terhalang, suspek kemudian mengundurkan kereta dan seorang daripada mereka keluar dari kereta bersenjatakan parang.
"Kita terpaksa melepaskan beberapa das tembakan ke atas kereta dinaiki suspek demi mempertahankan diri anggota polis dan orang awam," katanya.
Beliau berkata, pemeriksaan lanjut mendapati kumpulan penjenayah itu disyaki terlibat dalam 50 kes samun sejak awal tahun ini.
![]() |
Suspek dipercayai terlibat 50 kes samun |

0 Comments