SATU laporan polis berhubung perbualan bocor antara menteri kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz dan menteri undang-undang Takiyuddin Hassan yang tular sebelum ini dibuat.
Laporan itu difailkan di ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur oleh Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra).
Ketua Pemuda parti itu, Nasrul Ali Hasan mahu pihak berkuasa menyiasat peranan anggota keluarga beberapa anggota kabinet dalam projek loji rawatan air Plubang, Kedah.
Dalams atu kenyataan media yang dibuat pada Jumaat, Nasrul mendesak mendesak penjelasan diberikan berkaitan projek itu yang dilabelkannya sebagai “skandal projek rundingan terus”.
Pada 15 Disember, perbualan Whatsapp bocor mendedahkan Takiyuddin memohon pendapat Zafrul mengenai projek itu.
Takiyuddin menyatakan kepada Zafrul bahawa pemilik projek, Bina Darulaman Berhad (BDB) yang dimiliki oleh kerajaan negeri Kedah, sudah pun mempunyai rakan usaha sama.
Ini susulan Taliwork Corporation, yang menguruskan bekalan air Langkawi selama 25 tahun tetapi konsesinya bakal berakhir tidak lama lagi memohon kerajaan pusat untuk menjadi rakan usaha sama dengan BDB.
Bagaimanapun, Wan Rohimi Wan Daud, setiausaha politik
Takiyuddin berkata perbualan itu dipetik di luar konteks.
Takiyuddin sebagai menteri penyelaras untuk negeri Kedah jelasnya harus memudah cara isu-isu berbangkit sama ada program atau projek pembangunan kementerian, jabatan dan agensi pusat dan kerajaan Kedah.
Bagaimanapun, jawapan Wan Rohimi itu sebelum ini disangkal Ahli Parlimen Pokok Sena.
BACA: Lantik Takiyuddin 'jaga' Kedah tidak munasabah
Mahfuz Omar berkata, lantikan Takiyuddin ‘menteri penyelaras’ antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri Kedah disifatkan sebagai “pelik dan tidak munasabah” kerana kedua-dua kerajaan itu ditadbir pihak yang sama.
Laporan itu difailkan di ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur oleh Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra).
Ketua Pemuda parti itu, Nasrul Ali Hasan mahu pihak berkuasa menyiasat peranan anggota keluarga beberapa anggota kabinet dalam projek loji rawatan air Plubang, Kedah.
Dalams atu kenyataan media yang dibuat pada Jumaat, Nasrul mendesak mendesak penjelasan diberikan berkaitan projek itu yang dilabelkannya sebagai “skandal projek rundingan terus”.
Pada 15 Disember, perbualan Whatsapp bocor mendedahkan Takiyuddin memohon pendapat Zafrul mengenai projek itu.
Takiyuddin menyatakan kepada Zafrul bahawa pemilik projek, Bina Darulaman Berhad (BDB) yang dimiliki oleh kerajaan negeri Kedah, sudah pun mempunyai rakan usaha sama.
Ini susulan Taliwork Corporation, yang menguruskan bekalan air Langkawi selama 25 tahun tetapi konsesinya bakal berakhir tidak lama lagi memohon kerajaan pusat untuk menjadi rakan usaha sama dengan BDB.
![]() |
Putra tuntut penjelasan lanjut |

0 Comments