MENTERI BESAR yang disingkirkan, Faizal Azumu mengakui terasa hati dengan gerakan usul undi percaya yang dikemukakan wakil rakyat Umno kepada beliau dalam Persidangan Dewan Negeri Perak semalam.
Adun Chenderiang iitu berkata, dia sebelum ini tidak menjangka akan digulingkan, dengan Umno memainkan peranan utama.
"Apabila mereka ambil tindakan seperti pagi tadi tanpa berbincang dengan rakan-rakan lain, tentunya kami daripada Bersatu terasa hati.
"Kalau nak dikirakan perasaan saya, masih nak merajuk jugalah. (Tapi) akhirnya, sebagai pemimpin kita mesti berjiwa besar," katanya dipetik.
Semalam, Faizal digulingkan di Dewan Undangan Negeri Perak hari ini dengan usul yang diajukan oleh ahli parlimen Umno dan disokong oleh 48 dari 59 Adun.
Dalam satu kenyataan beliau berkata, tidak akan mengusulkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membolehkan pilihan raya diadakan.
Sementara itu, Faizal mendakwa bahawa dia selalu bertemu pemimpin Umno di mesyuarat kabinet dan mesyuarat lain dan tidak timbul soal mengetepikan parti gabungan lain dalam Perikatan Nasional (PN).
Tambahnya, tindakan itu mungkin dilakukan kerana jawatan Menteri Besar menjadi idaman pihak lain.
Faizal akui terasa hati |
Semalam, dalam wawancara berasingan, Ketua Bahagian Umno Padang Rengas, Nazri Abdul Aziz yang dipetik laporan Malaysiakini berkata, bahawa rancangan untuk menyingkirkan Faizal sudah bermula sejak dua bulan lalu.
0 Comments