KESATUAN Pekerja Swasta Hospital Kerajaan kecewa setelah kerajaan diketuai Muhyiddin Yassin dilihat menafikan pengorbanan anggota mereka semasa krisis Covid-19.
Kesatuan itu yang mengulas keputusan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) Mohd Redzuan Md Yusof, di Dewan Rakyat semalam yang menolak gesaan Fahmi fadzil (HARAPAN - Lembah Pantai) supaya pembersih hospital diberikan secara sekali bayaran atau “one-off” sebanyak RM300.
Tegas kesatuan itu, petugas pembersih hospital kerajaan juga berdepan risiko sama seperti petugas kesihatan lain kerana terdedah kepada kontak secara langsung ketika bekerja di hospital-hospital menangani kes Covid-19 dan wad Covid-19.
"Ini adalah kali kedua pekerja cleaner (pembersih) tidak dapat elaun atau bayaran daripada kerajaan untuk frontliner (barisan hadapan).
"Kesatuan ingin menegaskan bahawa pekerja tukang cuci juga frontliner yang penting dalam usaha menghentikan wabak Covid-19.
"Pada Mac lalu, kerajaan mengumumkan elaun khas RM600 kepada barisan hadapan, tetapi pekerja pembersih hospital tidak diiktiraf sebagai barisan hadapan, maka mereka tidak dapat elaun khas ini.
"Dalam belanjawan 2021, sekali lagi mereka tidak dapat bayaran one-off RM300. Ini amat tidak munasabah, dan tidak hargai jasa pekerja tukang cuci," kata kesatuan itu dalam kenyataan media.
Kesatuan itu yang mengulas keputusan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas) Mohd Redzuan Md Yusof, di Dewan Rakyat semalam yang menolak gesaan Fahmi fadzil (HARAPAN - Lembah Pantai) supaya pembersih hospital diberikan secara sekali bayaran atau “one-off” sebanyak RM300.
Tegas kesatuan itu, petugas pembersih hospital kerajaan juga berdepan risiko sama seperti petugas kesihatan lain kerana terdedah kepada kontak secara langsung ketika bekerja di hospital-hospital menangani kes Covid-19 dan wad Covid-19.
"Ini adalah kali kedua pekerja cleaner (pembersih) tidak dapat elaun atau bayaran daripada kerajaan untuk frontliner (barisan hadapan).
"Kesatuan ingin menegaskan bahawa pekerja tukang cuci juga frontliner yang penting dalam usaha menghentikan wabak Covid-19.
Pekerja pembersihan minta dihargai |

0 Comments