Rakyat boleh nilai sendiri perangai menteri


MENTERI KANAN
(Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob diselar kerana mempertahankan gambar menunjukkan beliau bersama beberapa pemimpin lain di sebuah restoran di Melaka.

Mengulas gambar tular yang mendakwa dirinya tidak mengamalkan penjarakan sosial baru-baru ini, Ismail mendakwa  gambar itu sengaja diambil dari sudut yang menunjukkan seolah-olah orang duduk berhampiran antara satu sama lain.

Malah Ahli Parlimen Bera itu berkata,  kerusi telah diletakkan antara mereka  dan itu mencukupi untuk penjarakan 1 meter dengan yang lain seperti dikehendaki prosedur operasi standard (SOP).

Bagaimanapun, Bekas timbalan menteri kesihatan Dr Lee Boon Chye berkata kenyataan Ismail mengelirukan dan menegaskan bahawa SOP mestilah mudah difahami dan diukur.

“SOP harus mudah difahami dan dapat diukur. Kalau anda berkata jarak antara penjamu selera dengan yang lain perlu mencapai 1m, maka ia mesti 1m.

"Sama ada terdapat kerusi kosong antara mereka tidak relevan.

“Terpulang kepada beliau untuk menjelaskan, tetapi rakyat boleh menilai sendiri,” kata Lee dipetik laporan FMT.

Gambar memaparkan Ismail bersama Ketua Menteri Melaka, Sulaiman Md Ali dan Speaker DUN Ab Rauf Yusoh dilihat tidak memakai pelitup muka dan duduk kurang 1m di sekitar meja makan tular baru-baru ini hingga mencetuskan rasa tidak puas hati dikalangan warganet.
 
Tambahan, dakwaan pelanggaran SOP itu didakwa berlaku ketika media tempatan melaporkan beratus-ratus rakyat dikenakan kompaun saban hari kerana tidak mematuhi SOP.

Antara pelanggaran yang boleh membawa kepada kompaun RM1,000 seorang adalah termasuk tidak memakai penutup muka serta berkumpul di meja makan melebihi had ditetapkan.

Jangan ada 'double standart'

Seorang timbalan menteri dari PAS, Mohd Khairuddin Aman Razali turut menjadi sasaran kemarahan warganet selepas melanggar prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 apabila tidak melakukan kuarantin wajib selepas pulang dari Turki pada 7 Julai lalu.

Sementara itu, Lee menggesa Ismail kembali ke “drawing board” untuk memastikan SOP jelas dan menekankan pegawai kerajaan perlu konsisten dan tidak boleh ada “double standard”.

Post a Comment

0 Comments