Bekas timb menteri pertahanan dedah rancangan Azmin


BEKAS
Timbalan Menteri Pertahanan Liew Chin Tong mendakwa Mohamed Azmin Ali merancang “rampasan kuasa politik” untuk memecah-belahkan kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) sejak Oktober tahun lalu.

Dipetik laporan FMT, Liew mendakwa rancangan itu dibantu Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin dan Menteri Luar Negeri, Hishammuddin Hussein dalam usaha membentuk kerajaan baharu.

Dakwanya lagi, objektif utama rancangan itu untuk menghalang pemimpin pembangkang, Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri.

“Rancangan mereka pada Oktober 2019 untuk membentuk sebuah kerajaan perpaduan Melayu.

"Dengan penambahan kumpulan Hishammuddin (17 Ahli Parlimen), Gabungan Parti Sarawak (GPS) (18) dan PAS (18) untuk menjadikan jumlah 53 Ahli Parlimen, jumlah yang diperlukan untuk menggantikan Amanah (11) dan DAP (42),” katanya dalam catatan di laman Facebooknya semalam.

Dengan menyingkirkan DAP dan Amanah jelasnya, Azmin percaya dapat mengawal sebahagian besar Ahli Parlimen KEADILAN, atau tidak ada yang akan menyokong Anwar sebagai perdana menteri.

Terdahulu, Azmin membuat dakwaan bahawa pembentukan Perikatan Nasional (PN) adalah idea Dr Mahathir Mohamad untuk memastikannya kekal sebagai perdana menteri.

Mahathir kemudian menafikan dakwaan itu dan menuduh Azmin merancang Langkah Sheraton kerana beliau sendiri bercita-cita menjadi perdana menteri.


Sementara itu, Senator Dewan Negara itu melalui laporan portal sama turut berkata,  bahagian pertama rancangan 'rampasan kuasa' itu ialah pengumuman Hishammuddin mengenai ideanya untuk membina “Bangsa Malaysia” tanpa DAP dan Amanah.

Tetapi “rampasan kuasa” itu gagal kerana sekretariat HARAPAN jelas Liew telah mendedahkan rancangan mereka tepat pada masanya.

Rancang rampas kuasa sejak Oktober
Bagaimanapun katanya, HARAPAN gagal untuk menghalang “Langkah Sheraton” pada Februari ketika  Muhyiddin Yassin memberikan sokongannya terhadap langkah itu dan Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi membawa keseluruhan blok Umno untuk rampasan kuasa itu.

“Ketika negara terus terpengaruh oleh rampasan kuasa Sheraton, lebih banyak cerita untuk ‘memutihkan’ konspirasi muncul. Sudah tiba masanya kita mendokumentasikan apa sebenar yang berlaku,” kata Liew lagi.


Post a Comment

0 Comments