LAPAN struktur haram yang beroperasi atas tanah kerajaan dan rizab sungai di sekitar Rawang dilapor telah dirobohkan.
Operasi merobohkan stuktur terdiri daripada empat bengkel jentera berat, dua premis kitar semula, satu kandang lembu dan bengkel pembuatan pintu dijalankan dalam fasa pertama penguatkuasaan bagi melindungi sumber air di Selangor.
BACA: Selangor mula roboh stuktur haram tepi sungai
Susulan krisis bekalan air di negeri itu kebelakangan ini yang menyaksikan jutaan pengguna terjejas dengan gangguan air tidak berjadual, Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Gombak dibantu Majlis Perbandaran Selayang (MPS) mula menjalankan penguatkuasaan tegas sejak 24 November lalu.
Yang Dipertua MPS, Shamsul Shahril Badliza Mohd Noor berkata, tindakan penguatkuasaan fasa kedua dijangka akan diteruskan bulan depan.
"Sebanyak lima premis beroperasi berhampiran Sungai Rawang dan Sungai Gong telah dikenal pasti.
Fasa kedua diteruskan bulan depan |
Difahamkan sebanyak 70 premis disenaraikan oleh pihak Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) beroperasi sepanjang sungai yang status tanahnya akan diperiksa terlebih dahulu oleh MPS dan PDT Gombak sebelum tindakan selanjutnya diambil.
0 Comments