SEBELAS Ahli Parlimen Parti Amanah Negara (AMANAH) telah menandatangani aku janji (SD) untuk memilih Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri sekiranya gabungan Pakatan Harapan (HARAPAN) kembali ke Putrajaya.
Ketegasan itu disuarakan sendiri Presiden parti itu, Mohamad Sabu ketika ucapan penggulungan Konvensyen Amanah Nasional 2020 di Melaka semalam.
“Ada orang tanya saya, siapa kita nak julang? Saya nak beritahu di sini, 11 Ahli Parlimen Amanah sudah tandatangani SD (aku janji) untuk (lantik) Anwar sebagai perdana menteri,” tegasnya.
Sebelum ini, timbul polimik berkenaan siapa calon Perdana Menteri sekiranya mandat rakyat yang dirampas melalui 'Langkah Sheraton' mampu dikembalikan semula.
Ketika HARAPAN menamakan Anwar sebagai calon mereka, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad yang meletak jawatan pada Febuari lalu menuntut agar diberi peluang sekali lagi dilantik ke jawatan itu.
Selepas Anwar dan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) tidak bersetuju dengan tuntutan itu, Dr Mahathir mengumumkan untuk tidak mahu bekerjasama dengan KEADILAN,
Ahli Parlimen Langkawi itu kemudian menamakan pula Presiden parti Warisan, Shafie Apdal sebagai calon perdana menteri sekiranya pembangkang mengambil semula mandat rakyat.
Sejak itu, isu mengenai siapa calon perdana menteri dilihat telah menyukarkan parti politik pembangkang bekerjasama dengan berkesan.
Sementara itu Mohamad Sabu menyatakan kekecewaannya terhadap beberapa pihak yang bertubi-tubi menyerang Anwar dan Dr Mahathir Mohamad selepas HARAPAN dilihat gagal mentadbir dengan baik sepanjang 22 bulan memerintah.
“Saya sedih, sejak beberapa bulan ini, imej Anwar dan Mahathir semakin buruk. Saya terkilan serangan kepada Anwar… Mahathir, padahal dua-dua ini pembangkang.
![]() |
Hala serangan kepada PN |
Menutup ucapan, beliau menggesa akar umbi supaya menghakis ego masing-masing dan merapatkan saf dengan rakan HARAPAN untuk sama-sama menambat kembali hati pengundi.
0 Comments