IDEA diutarakan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal supaya Bank Negara mencetak lebih banyak wang kertas dikritik banyak pihak.
Antara yang tampil mengkritik cadangan ketua pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu ialah beberapa pemimpin daripada Umno yang merupakan parti sekutu mereka sendiri.
Tokoh veteran Umno Tan Sri Sharir Samad berkata, kenyataan Ahmad Fayshal membuktikan bahawa kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin terkial-kial dalam menghadapi masalah kewangan dan ekonomi negara.
Malah kenyataan itu melahirkan rasa bimbang dengan kualiti kepimpinan ditunjukkan golongan pelapis dalam kerajaan.
“Macam mana kerajaan PN berteras PPBM terkial-kial dengan kewangan dan ekonomi negara, macam itu jugalah pemimpin pelapisnya. Timbalan menteri tu!” katanya.
Idea Ahmad Fayhsal jadi jenaka |
Mesin itu jelasnya boleh digunakan ketua-ketua komuniti bagi mencetak wang.
“Ada yang berat sikit dan ada juga jenis mudah alih. Senang dikendalikan oleh ketua2 komuniti,” tulis bekas menteri itu.
Terdahulu, Fayhsal ketika bercakap di radio BFM menyarankan agar Bank Negara mencetak lebih banyak wang kertas untuk diagih kepada rakyat untuk dibelanjakan.
Susulan kenyataan itu, warganet bukan sahaja mengkritik cadangan itu, malah menjadikannya sebagai bahan jenaka.
Sementara itu, bekas perdana menteri Najib Razak ketika mengulas isu serupa pula menegaskan bahawa pemulihan ekonomi tidak semudah mencetak wang dan mengagihkan wang dicetak, kata bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Beliau berkata, Bank Negara Malaysia mempunyai tanggungjawab untuk melaksanakan peranannya secara berhemah.
"Bank negara perlu buat secara berhemah. Kita tak boleh mencetak duit, kalau tidak nanti duit kita tidak ada nilai," katanya dipetik satu wawancara bersama Sinar.
Seorang individu dikenali sebagai Faiz Banafe yang dipetik laporan Malaysia dateline bimbang ekonomi negara akan bertambah teruk sekiranya idea Ahmad Fayhsal itu diguna pakai.
“Ni la level Ketua Armada Malaysia, Timbalan Menteri dari parti PPBM.
“Bak kata orang Jawa, “Use your brain, not your lutut”, sindir beliau.
0 Comments