Negeri Sembilan fatwakan 6 ajaran sebagai sesat


KERAJAAN Negeri Sembilan memfatwakan  enam ajaran di negeri itu sebagai  haram kerana bercanggah dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, keputusan mengharamkan enam ajaran itu dibuat susulan fatwa yang dikeluarkan Jabatan Mufti Negeri Sembilan (JMNS) semalam.

"Ajaran yang diharamkan itu ialah golongan antihadis, Ajaran Tapediri 65 atau Ba Tha Mim 114, Ajaran dan Fahaman Hizbut Tahrir, upacara dan amalan perbomohan Ibrahim Mat Zin.

"Turut diharamkan, ajaran Zikir Alunan Zat Cinta / Hikmah Al-Fatihah daripada Mohd Zaman Mohd Nor dan ajaran Millah Abraham@ Ibrahim," katanya dipetik.

Tambah Aminuddin lagi, kerajaan negeri akan sentiasa bekerjasama dengan JMNS dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) untuk memantau mana-mana ajaran sesat.

Kerajaan Negeri juga akan menjalankan usaha membantu masyarakat kembali ke pangkal jalan selain menasihati orang awam supaya tidak terlibat dengan mana-mana ajaran yang menyeleweng.

Dalam perkembangan lain, Aminuddin menggesa usahawan mikro di negeri ini untuk membuat permohonan Skim Pensijilan Halal Malaysia yang sedang dibuka kepada orang ramai terutama peniaga kecil bagi mendapatkan sijil halal.

K'jaan negeri akan buat pemantauan


Jelasnya, apa-apa jenis perniagaan selain peniaga yang sudah berniaga juga layak memohon dengan JHEAINS dan dikenakan bayaran RM200 bagi tempoh dua tahun.


"Kriteria permohonan juga lebih mudah dan akan diluluskan secepat mungkin," katanya lagi.

Post a Comment

0 Comments