PRU15: Umno tak mahu tunduk pada Bersatu

UMNO Selangor menegaskan bahawa mereka tidak mempunyai masalah sekiranya perlu bertembung dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Pendirian itu disuarakan sendiri Pengerusinya, Noh omar dalam satu sidang akhbar di Bagan Pasir dekat Tanjung Karang siang tadi.

Bagaimanapun, katanya, Umno Selangor akan memastikan tiada pertembungan berlaku dengan PAS yang merupakan rakan sekutunya dalam Muafakat Nasional (MN).

"Prinsip kita (UMNO) di Selangor jelas iaitu tidak mahu bertembung dengan Pas. Jika (Bersatu) hendak lawan (UMNO), kita bersedia," katanya.

Walaupun sebahagian Ahli Parlimen Umno berada dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang ditunjangi Bersatu, namun kedua-dua parti itu dilihat tidak sehaluan.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang diadakan sebelum ini, beberapa keputusan dibuat Presiden Bersatu yang juga Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin menimbulkan rasa kurang senang dikalangan pemimpin Umno.

Ia termasuk dalam isu pembahagian kerusi dan juga calon Ketua Menteri.

Umno tak mahu tunduk pada Bersatu
Pertembungan antara Umno dan Bersatu memuncak ketika pentadbiran Muhyiddin memerlukan sokongan Ahli Parlimen bagi meluluskan Belanjawan 2021 yang dibentang mereka.

Beberapa pemimpin Umno dilihat tidak sependapat dalam isu sama ada belanjawan itu perlu diberi sokongan atau tidak.

Post a Comment

0 Comments