KERAJAAN Perikatan Nasional (PN) dugesa membatalkan cadangan menghidupkan semula Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa).
Ketika menyentuh draf Belanjawan yang memperuntukkan dana berjumlah RM85.5 juta kepada unit propaganda politik parti pemerintah itu, Ahli Parlimen Lembah Pantai, FahmI Fadzil menyifatkannya sebagai bukanlah jumlah kecil.
Menurutnya, jumlah besar itu sebagai perbandingan boleh diguna untuk membina dua Klinik Kesihatan (Jenis 2) yang dilengkapi peralatan perubatan terkini dan mampu memberi khidmat kepada 500 hingga 800 pengunjung setiap hari.
"Dana terkandung dalam Belanjawan 2021 itu juga boleh diguna untuk membina tiga bangunan sekolah dengan 24 bilik darjah setiap satu berbanding diguna untuk menyerang pihak pembangkang dengan menggunakan wang rakyat.
“Atau ia boleh dimasukkan ke dalam Tabung Cerdik, di mana jumlah ini mampu membeli 85,000 komputer riba tambahan untuk begitu ramai pelajar sekolah rendah dan menengah yang tidak mampu mengikuti pembelajaran secara dalam talian,” katanya dalam satu kenyataan.
Difahamkan dana bernilai RM85.5 juta itu merangkumi RM4 juta di bawah butiran 021000 Jasa dalam Komunikasi Strategik dan Industri Kreatif, dan RM81.5 juta di bawah butiran 050100 Perluasan Jasa dalam Dasar Baru.
Sementara itu Fahmi mempersoal cadangan meghidupkan semula jabatan itu yang menurutnya mempunyai fungsi bertindih dengan pelbagai agensi sedia ada, termasuk Jabatan Penerangan, RTM, Bernama, Bernama TV, Komunikasi Strategik (StratCom) dan Unit Komunikasi Korporat Kementerian-kementerian.
“Kenapa tidak dibelanjakan sahaja RM85.5 juta ini untuk membeli peralatan baharu, menambah perjawatan dan memperkukuh badan-badan dan agensi-agensi sedia ada?
“Atau adakah Perikatan Nasional (PN) sebenarnya berkata bahawa agensi-agensi yang lain ini, yang diberi lebih daripada RM731 juta dalam Belanjawan 2021 tidak mampu atau gagal melaksanakan tugas menyampaikan maklumat hingga ke akar umbi?” soal Pengarah KomunikasiJASA punya fungsi bertindih dengan agensi lain
KEADILAN itu lagi.
0 Comments