PENGERUSI Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Perak menyifatkan Belanjawan 2021 dibentangkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) di Dewan Rakyat minggu lalu sebagai menimbulkan kegusaran.
Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak berkata, angka-angka yang diperuntukkan dalam Belanjawan bernilai RM322.5 bilion itu agak jauh dari realiti ekonomi sebenar negara.
Jesteru katanya, KEADILAN Perak kini mengharapkan kekeliruan dan kegusaran oleh rakyat itu dapat dijawab.
“Kita meletakkan harapan kepada ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ahli Parlimen yang lain untuk bantu membahaskan demi pencerahan buat rakyat,” katanya dalam satu kenyataan.
Anwar pada pagi tadi membangkitkan isu belanjawan di Dewan rakyat.
Presiden KEADILAN itu membangkitkan keluhan rakyat terutama dalam isu ekonomi, moratorium pinjaman, pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan kesusuhan dihadapi rakyat susulan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB).
Beliau turut mempersoalkan unjuran kewangan yang terlalu tinggi bagi Belanjawan dikemukakan itu.
Ahli Parlimen Port Dickson itu turut memberi amaran bahawa mereka tidak akan menyokong Belanjawan itu sekiranya ia tidak memihak kepada kepentingan rakyat.
Sementara itu, Farhash menegaskan bahawa KEADILAN Perak menerima baik tambahan peruntukan sebanyak RM1 bilion bagi membendung gelombang ketiga pandemik koronavirus (Covid-19) tahun depan.
“Bagaimanapun, beberapa inisiatif yang diusulkan perlu diperhalusi supaya tidak ada yang tertinggal hanya kerana kurang layak menerima bantuan.Harapan rakyat pada Anwar, kata Farhash
“Selain itu, wajar bagi Kerajaan Perikatan Nasional menerima pendapat pihak pembangkang sewaktu perbahasan kelak dalam memastikan usaha pemulihan dan lonjakan semula ekonomi negara adalah satu realiti yang boleh dikecapi,” katanya dipetik.
0 Comments