PELUMBA negara, Hafizh Syahrin Abdullah akan meneruskan saingan dalam kejuaraan Grand Prix Motosikal Dunia 2021.
Pelumba berusia 26 tahun itu berlumba dalam kelas Moto2 untuk pasukan Angel Nieto tahun ini bakal mewakili pasukan berpengkalan di Eropah, NTS RM Racing GP dalam kelas sama.
"Saya gembira kekal dalam Moto2 dan menyertai NTS RW Racing GP. Saya tahu usaha yang diperlukan untuk membangunkan sebuah jentera baharu tetapi saya percaya dengan projek ini.
"NTS dan pasukan ini telah banyak membuat penambahbaikan jentera ini dalam masa yang agak singkat,. Saya yakin kami boleh menghasilkan sesuatu yang lebih baik secara bersama.
"Saya tidak beraksi pada tahap terbaik saya musim ini kerana itu saya sungguh gembira dan amat berterima kasih dengan keyakinan NTS RW Racing GP terhadap saya," kata Hafizh Syahrin dalam satu kenyataan bersama pasukan NTS RM Racing.
Kedudukan Hafiz sebelum ini menjadi tanda tanya setelah pasukan Angel Nieto menamakan pelumba mereka untuk musim akan datang.
Bagaimanapun melalui status di laman sosial Facebooknya, Hafizh ada memaklumkan telah berbincang dengan beberapa pasukan.
Satu lagi musim baru untuk Hafizh |
Sementara itu, Pengurus Pasukan NTS RW Racing GP Jarno Janssen berkata pasukan itu gembira dan bangga kerana berjaya mendapatkan khidmat Hafizh Syahrin yang bukan sahaja berpengalaman tetapi juga seorang pelumba berbakat.
"Kami semakin baik dan kukuh setiap minggu tetapi kami masih lagi dalam memproses menbangunkan jentera itu. Input dan maklum balas daripada seorang pelumba seperti Hafizh adalah amat penting dalam proses ini.
NTS RW Racing GP akan memulakan musim baharu dengan ujian persendirian pada 26 dan 27 Nov di Jerez.
0 Comments