KETUA pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Belanjawan 2021 mengelirukan dan sangat tidak munasabah.
Ketika membahaskan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat hari ini, Anwar menegaskan unjuran dibuat Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz sesuatu yang sangat pelik dan membangkitkan pelbagai soalan.
Anwar turut membangkitkan persoalan tentang belanjawan berkaitan Covid-19 yang menurutnya tidak menyentuh beberapa isu termasuk peruntukan untuk vaksin bernilai RM3 bilion seperti yang dilaporkan sebelum ini.
Dalam perbahasan itu juga, Anwar juga menyampaikan keluhan rakyat terutama dalam isu ekonomi, moratorium pinjaman, pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan kesusuhan dihadapi rakyat susulan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB).
"Bagi saya ia adalah belanjawan yang mengelirukan, walaupun ditekankan berulang kali mengenai Covid-19, jangan lupa Kumpulan Wang Covid-19 masih merupakan jumlah kecil daripada jumlah keseluruhan.
“Ini saya tidak faham betul, mana boleh peruntukan Kementerian Kesihatan disorok bawah peruntukan pembangunan dalam Belanjawan 2021? Peruntukan ini harus diberikan penjelasan sebab utamanya mungkin hendak tunjukkan tidak ada defisit bertambah.
Anwar gesa Menteri dengar usul Ahli Parlimen |
Selain isu berkaitan Covid, Presiden KEADILAN itu turut membangkitkan peruntukan berjumlah RM81 juta kepada Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) yang menurutnya tidak ada kena mengena dengan usaha menangani isu berkaitan Covid.
"Kita diminta menyokong dengan andaiaan ia belanjawan Covid-19.
"Saya nak tekankan di sini, saya tidak mahu ada andaian mudah. Keadaan sekarang berbeza.
"Kerajaan, menteri kewangan dan perdana menteri tahu belum ada kepastian belanjawan dalam bentuk sekarang kalau tidak dipinda untuk membela nasib rakyat seperti yang kita tuntut.
Susulan itu, Anwar memberi amaran supaya menteri kewangan meneliti dan dengar usul disuarakan Ahli Parlimen dan memberi keutamaan bagi memastikan belanjawan yang dirancang benar-benar untuk memerangi dan menangani isu berkaitan wabak tersebut.
0 Comments