PENANTIAN 20 tahun pasukan Suzuki menempatkan pelumba mereka sebagai juara dunia MotoGP terlaksana.
Ia setelah Joan Mir memastikan gelar juara dunia MotoGP 2020 selepas berakhirnya perlumbaan MotoGP Valencia, yang berlangsung di Sirkuit Ricardo Tomo, Sepanyol semalam.
Pada persaingan semalam, Joan Mir bermula di petak ke 12 menamatkan perlumbaan di tangga ke tujuh, namun tambahan sembilan mata dinikmatinya sudah cukup untuk pelumba berusia 23 tahun itu merampas kejuaraan yang ditinggalkan oleh juara enam kali, Marc Marquez (selepas mengalami kecederaan).
Meninggalkan pesaing terdekatnya dengan kelebihan 29 mata, dengan hanya 1 lagi pusingan, kedudukan Joan Mir tidak dapat dicabar lagi.
Diakhir perlumbaab, elumba kelahiran Mallorca itu meraikan kejayaannya dengan melakukan 'wheelie' dan menyeret tayarnya untuk menghasilkan kepulan asap di hadapan paddock yang turut dihadiri oleh keluarganya bagi meraikan kejayaan bersama-sama.
"Saya berjuang untuk mendapatkan kejuaraan ini dengan sepenuh hati saya. Saya tidak tahu sama ada ingin ketawa atau menangis namun ia penuh dengan emosi," katanya ketika ditemui media. Juan Mir juara dunia MotoGP 2020
Sebagai rekod, kejayaan tersebut merupakan kejuaraan MotoGP pertama dimenangi pelumba Suzuki sejak 2000. kali terakhir ia dilakukan pasukan itu adalah melalui pelumba mereka Kenny Roberts Jr.
Sementara itu, Pelumba Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT), Franco Morbidelli mencatatkan kemenangan ketiganya musim ini semalam.
Pelumba Itali berusia 25 tahun itu yang memulakan perlumbaan dari petak utama menguasai perlumbaan sejak dari awal lagi sebelum berentap dengan pelumba Australia Jack Miller daripada pasukan Pramag Racing.
Morbidelli sebelum ini memenangi perlumbaan GP San Marino dan GP Teruel.
Miller di tempat kedua, 0.093 saat di belakang Morbidelli sementara pelumba Sepanyol Pol Espargo daripada pasukan Red Bull KTM Factory Racing di tempat ketiga dengan catatan masa 41:25.484 saat dalam perlumbaan sebanyak 27 pusingan itu.
Rakan sepasukan Morbidelli, Fabio Quartararo dari Perancis gagal menamatkan perlumbaan selepas terlibat dalam kemalangan di selekoh keenam pada pusingan kesembilan dan membantutkan hasratnya memburu mata bagi kejuaraan MotoGP Dunia.
0 Comments